Adds BY Nuffnang

1 December 2014

Arjuna Beta (Lagu khas ku tujukan kepada putera-putera ku di Syurga yang indah)

Arjuna Beta _Fynn Jamal

 
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

10 July 2014

Ramadhan 2014


Assalammualaikum..lama aku tak menjengah ke blog ni. almaklumlah kekadang kesihatn tidak mengizinkan aku berceloteh dengan panjang.  Selepas keguguran kali ke-3..aku banyak mendiamkan diri.  Mungkin aku masih trauma dengan apa yang berlaku..sedih memang sedih.  Malah sukar untuk aku terima ketentuan itu pada mulanya.  Lama kelamaan aku makin redha..mungkin dah memang bukan rezeki kami.  Apa yang dirisaukan skunk ialah kesihatan aku makin worst.  Dah 13 hari aku period tak henti2..badan sakit2..aku belum sempat menunaikan puasa 1 hari pun..sedih nye dan hiba nye perasaan ku ini hanya Allah yang tahu.  Setiap kali masa org azan Maghrib, aku hanya mampu menahan sebak..sesungguhnya aku ingin sangat berpuasa dan menunaikan solat terawih berjemaah. Rasa rindu aku untuk baca Al-quran semakin membuak2.,sedihnya aku tengok Al-Quran yang hanya terletak di dalam almari..takde sape nak bace..Ya Allah..
Ramadhan tahun ni juga paling suram aku rasa..2 adik ku , boy dan akim tak dapat cuti dan beraya di Melaka.  abangku pun sama..masing2 kena kerja pada hari raya pertama..mama pun sama pun mengambil keputusan untuk kerja pada hari raya pertama.  apa yang aku kesiankan skunk ialah keadaan 2 lagi adik ku yang sepatutnya bergembira pada hari syawal..kesian mereka..Tahun ni giliran aku beraya di rumah mertua di JB.  Kesian pulak bila fikirkan hanya 2 adik ku dan ayah ku sahaja yang ade di rumah pada syawal yang pertama.  Kakak ku pun kena balik rumah mertua pada hari raya yang pertama..so this coming syawal...soo tak best!..huhu sedihnye..
Teringat zaman aku budak2 dulu..syawal lah paling kami nanti.  Bersemangat puasa dan bersemangat kami nak beraya.  Parents aku plak mmg suka beli baju raya untuk kami last minute! kadang2 2 hari nak raya baru kami pergi shopping 1 keluarga.  Bukan jauh pun selalu kami shopping baju raya kat pekan merlimau je.  so berjalan lah kami 1 keluarga malam2 lepas berbuka ke pekan merlimau.  Dulu takde transport. Haihss kenangan manis waktu tu..kami akan balik ke kampung belah papa dulu pagi raya tu.. Mama awal2 dah charte taksi Uncle Panjang so hantar kami ke Banda kaba.  Sampai je sane..kami akan berjalan kaki dengan sepupu2 untuk ke kubur..alahai seronoknya..

Tapi tahun ni...:(

19 June 2014

Favourite Song from ELITE

Tiada lagi airmata
Bisa ku tangiskan lagi
Tiada lagi guna bermadah
Tempatku bukannya di sini

Sepuluh tahun ku menghamba padamu
Tak ku pinta lebih daripada
Tulus cinta
Namun kau menoda
Berkecai mahligai kita

Tidak pernahkah kau terfikir
Kemungkinan yang berakhir
Tidak pernahkan tersingkap di minda
Wajah kita sekeluarga

Sekelip mata berubah segalanya
Tiba-tiba dunia daku
Gelap gelita
Tak menentu hala
Melihat kau bersamanya

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...

Walau seribu pujuk rayu
Tak mengubah pendirianku
Sekali kau menduakanku
Selamanya tertutup pintu

Biar daku membawa diri ini
Pergi jauh takkan kembali
Ku mencari
Ketenangan hati
Cuba lenyapkan trauma ini

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...

14 April 2014

Apam Balik in da hause...

Assalamualaikum uoollss..macam gempak je kan tajuk entry di atas..hahahhaha.  Anyway aku baru je ade masa nak update blog ni haa..hari sabtu and Ahad I cuti dari update..keh keh keh.  Hari ni I terasa happy sangat...dont knowlah..tapi every monday memang I gembira. Nak tahu sebeb ape?? sebab... Isnin kan hari kelahiran Nabi kite..hua hua hua.  Acececeh acctually aku tak nak sedih2, letih dan lesu sebab aku rasa perasaan itu boleh spoiltkan segala ape yang dirancang..huhu so..tak moh mooody2 k sayang...
Ok, alkisahnyer aku nak citer lah sikit, hari Sabtu hari tu sewaktu terjaga dari tidur..tetibe tekak ni nak makan sesuatu yang manis..terrriiinggin sangat. So sambil bergolek-golek di atas katil, dan sambil mencuci mata melihat suami ku yang sedang bersiap nak pi kerja tu, aku pun meluahkan hasratku...muahahha

En. Suami saye ni plak rajin melayan...ape saya cakap nak makan..dia kate ok jew.  Disebabkan hari sabtu, suami kerja setengah hari je, so dapatlah aku memujuk dia bawa aku ke kedai beli barang2 nak masak kan.

 Sebenarnya terdapat 2 perkara yang paling aku malas bila nak buat..

 1. Driving (hohoho please lah jangan harap korang nak tengok aku drive kalau aku keluar dengan kawan2 aku or husband or adik beradik aku)

2. Tuang minyak kereta (aku paling malas nak masuk pam minyak.  Kadang2 m,inyak dah 2 ke 3 hari berkelip pun aku masih drive macam biasa, sebab malas nak tuang minyak.  Tapi so far Alhamdulillah..tak pernah sangkut tgh jalan heh heh...)

So..thats why lah kalau pi kedai ke ape..aku nak jugak tunggu laki aku balik keje..hehe pemalas kan eden ni.

So dipendekkan citer, aku tetibe terasa nak sangat makan Apam balik..haissh.(tertelan air liur jap) . Apabila suami ku sampai je umah, terus ajak dia pi kedai..so membeli lah kami kat kedai runcit je. malas nak kuar jauh2 ni, perut dah lah lapar..kronk2. ok lah ini lah gambar apam balik  yang dah siap..aku tak tahu korang kat negeri lain panggil apam ni apam ape, tapi aku dari kecik panggil apam balik.  My hubby request suh buat garing2 sikit sebab dia suka sangat apam tu nyer kulit..
hah ini lah gamabar apam balik ku yang dah siap


Ini pula masa proses memasak ye

Nak resepi??

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir (ikut tahap kemanisan korang lah)
sedikit esen vanilla.

Untuk intinyer

sweet corn (dalam tin je)
kacang tanah goreng yang dibuang kulinya dan ditumbuk tak berapa lumat
gula pasir

Cara-cara nak buat eh..

Pukul gula dan telur sampai kembang. Then masukkan susu segar, esen vanila, soda bicarbonate, dan baking powder. Pukul lagi..pastu, masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Make sure tepung dai dipukul sempurna ke jangan ade berbiji-biji.  Dah siap, bley ar panaskan pan..oleh kerana aku takde pan apam balik ni...so, aku guna lah periuk Ikan ajaib hadiah dari mama..ermm setiap kali gune priuk ni mesti call mama, bagitau ape nak masak.hehe.Sapu marjerin keliling pan yang panas tu dulu tau.  Ok just nak bagi tip, masa nak tuang tepung tadi atas pan, better jangan tebal2 sebab tepung tu akan naik dengan sedirinyer..so sesenduk sudah pastu ratakan... tutup sekejap pan tersebut dalam 2 minit pastu buka balik untuk tabur lah inti nya tadi iaitu, gula, kacang dan jagung.  Pastu tutup lagi dalam 2 minit, pastu buka semula pan tersebut. Lipat dua apam tadi dan bolehlah sapu marjerin sekali lagi di kedua-dua belah apam balik tu .  Dah siap bley hidang! sebelum ngap jangan lupa baca doa makan dulu yer uoollss






tatatattaa...selamat mencube!!









28 March 2014

Hadiah untuk Si Kecil

Assalammualaikum...

Lama juga lah kan I tak update blog ni..anyway busy sangat...sebenarnya I tengah pening memikirkan kereta yang baru hari tu rosak. clutch plate habis..adoyyai tin tong lah saye..mula-mula tanya kat kedai nak sampai RM 800 untuk tukar semua, taukeh tu kate payah nak buat..nak kena turun enjin lah bagai dan kena tinggal keta kat bengkel at least 2 hari.hohoho nasib baik ade suami saye kan..so kami just beli barang...and suami saye bersama-sama dengan anak buahnye, Iwan pun mengerjakan kereta ku.  Thanks Iwan coz tolong kami, hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik kamu. Tapi beli barang-barang keta pun dah hampir RM400 beb..huhu money-money fly away..:(

Eh jauh benar aku membebel kan..anyway aku nak share lah sikit mengenai idea untuk membeli hadiah hari jadi..walaupun  belum ade baby sendiri kan, tapi setiap kali menjelang birthday anak buah, aku lah yang pening.  yelah mana taknyer, anak anak buah aku kecil2 lagi. Baru ade 2 orang.  yang sorang Mohd. Zafran Al-Amin baru 3 tahun pada 28.11.2013, yang sorang lagi Nur Damia Batrisyia, baru nak masuk 1 tahun pada 2.4.2014 ni..see, pening tak nak cari hadiah ape yang sesuai untuk mereka..Ok, tapi aku slow-slow fikir..jalan sorang-sorang kat shopping mall Mines tu sambil otak ni ligat memikirkan ape yang nak dibeli. tapi aku nak share kat korang birthday zafran yang lepas, ape yang aku bagi dan birthday Damia yang akan datang ni, ape yang aku nak bagi dan beserta sebab aku bagi hadiah tersebut..

Masa Birthday Zafran 1 Tahun iaitu pada 28.11.2011 aku bagi :




Nak tahu reason aku bagi benda ni?? Sebenarnya zafran time ni belum pandai berjalan betul2. Jalan-jalan jatuh...so aku hadiahkan lah benda ni,  benda ni bley wat walker untuk latih berjalan.  Dan bila zafran duduk atas tu, dia kena hayunkan kaki dia bagi menggerakkan benda ni.  So in the same time dia sedang berusaha menguatkan kakinya sebagai persediaan untuk berjalan kelak.  Nak tahu tak sampai lah Zafran dah umur 3 tahun dia masih menggunakan benda alah ni. dah tercabut tempat duduk pun dia bley repair sendiri lagi janji dapat naik selalu..siap merempit lagi dalam umah nenek dia..hahhaa alahamdulillah dia amat menghargai nya. Aku ingat nak belikan Damia benda ni juga untuk tahun ni..tapi kakak aku dah cop nak belikan dulu..aduyyaii..terpaksa memikirkan hadiah lain.

Birthday Zafran 2 Tahun 28.11.2012 aku bagi :





Hah ini lah kuda rotan..gambar aku copy paste from internet je.  Reason kenapa aku bagi kuda rotan ni sebab, zafran dah pandai jalan dan berlari time ni.  Dia amatlah lasak yer..sampai pak long and atok dia selalu layan dia jadi kuda.  So, aku belikan lah kuda rotan si sebagai hadiah, jadi rileks lah sikit atok dan pak long nyer..tak payah layan dia jadi kuda lagi, dia dah pun ade kuda sendiri..Tapi yang ni Zafran jarang main sangat sebab dia masih terleka dengan walker yang aku bagi masa umur dia 1 tahun dulu..heheh.. Nak bagi Damia kuda rotan ni sebagai hadiah rasanya tak sesuai pulak sebab Damia kecik lagi belum pandai duduk ngan stabil.  Hurm terpaksa fikir idea lain nak bagi Damia hadiah ape...

Birthday Zafran 3 tahun 28.11.2013 aku bagi:


Guitar.  Gitar ni best tau sebab ia bley mengeluarkan cahaya dan pelbagai rentak bila di tekan di bodynya.  Aku beli gitar ni pun las minit sebab mula-mula ingat nak bagi duit je, tapi last-last masa balik Johor rumah mertua hari tu, tergerak hati nak singgah ayer hitam dan ternampak lah gitar ni.  ape lagi..terus sambar je lah.. tengoklah gambar Zafran di atas betapa happynyer dia dapat gitar.  Reason aku bagi hadiah ni sebab Zafran ni gaya nya macam penghibur kami. Dia suka menyanyi dan bayank juga lagu yang dihafalnya.  Nasyid, Alif Ba Ta, Lagu balik kampung nyanyian sudirman juga dia pandai tau..so di samping menyanyi aku nak juga dia pandai bermain alat muzik. So aku nak biasakan dia main gitar permainan dulu. dah besar sit baru blay beli gitar betul2.  Takpe..pak cik-pak cik dia ramai yang pandai main gitar..t boleh tolong jadi sifu Zafran kan..Nak bagi Damia alat muzik pun macam tak sesuai juga sebab alat muzik ni banyak untuk 3 tahun ke atas je.  Lagi satu, compartmen muzik ni banyak yang halus-halus..takut Damia tertelan plak nanti...

Birthday Damia 1 Tahun 2.4.2014 ni

Hehehe lega nya rasa dah beli hadiah untuk Damia...




Jeng-Jeng-Jeng...Gelang tangan silver

Nur Damia Batrisyia kan seorang baby girl yang sangat cute dan comel..so mummy nak kekalkan keayuan dan kecomelan Damia..that's why mummy hadiahkan Damia gelang tangan ni..Mummy sayang Damia.  Damia tahu tak.. lama mummy fikir hadiah yang terbaik untuk Damia, siap berebut-rebut lagi dengan mak ngah..nak bagi Damia basikal, Damia belum pandai nak naik sendiri..mummy risau Damia jatuh nanti.  Nak bagi baju or kasut..mummy rasa nanti tunggu hari raya lah mummy bgi hadiah camtu, lagi pun hari raya tahun lepas mummy dah bagi Damia baju kurung kan..InsyaAllah raya tahun ni pun mummy akan usahakan carik baju kurung untuk Damia k..tak sabar mummy nak tengok Damia pakai gelang tangan yang ade loceng ni nanti..senang lah sikit kalau Damia menyorok, mummy bley carik..heheh Happy Birthday Damia...

Zafran dan Damia

Zafran kiss Damia

Mummy and Damia
Ok skunk aku nak update plak hadiah ape aku bagi untuk birthday Zafran yang ke 4 tahun iaitu pada tahun 2014.  Tahun ni kena bagi dua-dua anak buah iaitu Zafran dan Damia..sebab Damia pun dah tahu jaelous kalau abg zafran je sorang yang dapat..

Ini hadiah aku untuk zafran...set Lego 


Ini pula hadiah aku untuk Damia..doctor play set..

Nak tahu update yang aku dapat dari mak zafran berkenaan hadiah yang aku berikan..mak dia kata Zafram nijam bila bangun pagi je ajak ibunye wat robot..dia lebih banyak menyendiri sambil bermain dengan lego sat yang aku belikan..almaklumlah orang tgh mencipta daya imaginasi yang tinggi...Tapi lepasnih tak bley bagi mainan dah sebab Zafran dah start sekolah tahun 2015..pasnih nantikan collection buku dari mummy yer sayang...

13 March 2014

Ice Cream..my favourite!


Assalammualaikum sume...today I nak bercerite pasal aktiviti I semalam, ermm malam tadi..
Ok alkisahnye kan, I memang suke makan aiskrim ni hah..bukan aku je, my husband pun gemar lah sesangat..so, I pun terfikirlah kan, kalau beli kat kedai, bekas kecik je dah RM 10 hinggit ke atas kan..pastu plak dapat dalam 1 perise jew..adoyyai.banyak nak kena spend tu untunk makanan kegemaran tu.  So sebagai seorang isteri yang amat mementingkan perbelanjaan yang "berkhemah" dan tak nak menyusutkan poket suami.. I pun memikirkan transformasi yang harus di buat..almaklumlah I kan Duta Transformasi kat JPA tu hah..bukan kat office je perlu transformasi, kat rumah pun perlu cik kak hoii..

Ok I pun search lah resepi buat aiskrim kat google je hah..seharian i duk depan PC, mesti boss I fikir I telah transformed menjadi pekerja yang sangat berkredibiliti tinggi kan..tapi dia tak tahu, I tgh berimaginasi sebenarnya..! hik hik ..gurau je..sowwy boss! ok lah dah melalut kan I bila bercerite..tu lah uoollss kalo bagi I bercakap, kalah chef Wan tu tau..ok lah dipendekkan cerita after serch tu I terjumpalah beberapa resepi buat aiskrim ni..I ni suka cari lebih dari 1 resepi pastu I combine kan jadi 1 je resepi..pandai tak I?? inovasi lah katakan...ok lah mula-mula I ingat susahlah sangat kan nak buat aiskrim ni kan, tetapi alhamdulillah..sangat simple and dumple k..modal tak sampai 10 hinggit pun dan I boleh dapat more than one flavour! ok, skunk bley ar poket suami ku mengembang balik kan..kan..kan..

Ok lah malas nak citer panjang, meh I bagi u resepi ok..I tau uoolss tak mintak pun, tapi..peduli ape I nak sedekah, I punye sukelah kan...hah, I kalau baking ke masak ke..I suka men campak-campak je bahan-bahan nyer..takde sukatan. Tapi untuk uolls I cube agak-agak je eh bagi sukatannye..kalau nak manis or creamy lebih, lebih kan lah bahan-bahannye k..pandai-pandai uoollss lah eh..

Bahan-bahan

Setengah Tin susu Cair
Setengah Tin susu pekat manis
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovvelatte

untuk perisa

Bagi yang nak perisa coklat bley tambah 1 sudu besar serbuk koko dan sedikit chocolate emulco dan sedikit susu segar berperisa coklat.

Bagi yang nak perisa vanilla bley ar tambah esen vanilla lebih or coffeemate. But i dont like coffeemate coz doctor dah suggest I tak bley minum coffee..

Nak perisa strawberi bley ar, beli buah strawberi and blend sampai halus bersama susu segar perisa strawberi tu kan..

Hah yang ni inovasi I sendiri eh..takde I tiru-tiru orang nyer..


Cara-Cara nak buat plak

Korang satu kan aje ke semua bahan-bahan di atas. Blend sampai kembang anggaran 20 ke 40 minit.  Hah,bayangkan lenguh kan tangan I..tapi I kan ade hubby so I dengan dia bergilir2 lah, tukar tangan ...

ok dah kembang..korang asingkan lah kepada 2 bekas..1 bekas I buat perisa coklat dan 1 lagi I buat perisa vanilla.  Ok I kan nak tambah kan kuasa otak I kan, so I pun taburkan dengan kismis.  Yang ini ikut kreativiti uools lah, nak campur badam ke or any hiasan yang yang bley nampak menarik dan sedap di makan dan juga berkhasiat, bley ar tambah...

Chocolate Flavour
Vanilla Flavour


Masih belum betul2 beku akibat ketidak sabaran suami ku...

Ok Pas dah siap tu ..uoolss kena bekukan at least 12 jam.. tapi kan pagi tadi hubby I dah tak sabar-sabar nak rase sangat, dalam diam-diam dia pi keluarkan dan makan..tapi I sempat lah snap picture pagi tadi. Masih belum beku sepenuhnya, tu yang aiskrim I nampak macam cair sedikit. yelah baru 6 jam dalam peti ais kan...huh tapi takpelah, I bagi hubby makan sikit je dulu, yang lebih, I masukkan semula dalam peti ais.  Siap I remind dia, balik keje nanti baru bley makan tau...Dalam keta I tanya dia, ok tak rasanya..dia jawab perghh..pasni kite bukak kedai aiskrim lah yunk..huhu berangan je lebeh..

Bagi yang ade anak kecik tu, I rasa pasni bley ar jadikan aiskrim sebagai salah satu snek berkhasiat anak-anak anda. Kita bley tambahkan makanan kekacang yang sihat dalam aiskrim ni.  so...at least kita tahulah ramuan ape yang terkandung dalam makanan yang anak-anak kita makan, dan tahap kebersihan nya terjamin kan..anyway..good luck yew..!

26 February 2014

Shopping with A Guy..

Seriously i hate when have to go shopping with a guy... either he is my husband, my brother, my father or even my friends..seriously they all had the same habit..urgghhh!!! the same words will automatically came out from his mouth ..

1.  " why so long..we dont have a time"

2. " awak ni ambil jelah..lama sangat nak pilih"

3. "Tak payah belilah...membazir je.." ok even you know that u really need the thing, they will say u are wasting the money

4. when u try cloth or whatever..and ask his opinion on how do u looks like, he wil say.."errrmmm..entah.."  "errmm...tak tahulah" or "cantikkkk..." even when they are not looking at you..argghh tension

Ok, I admit..as a women, of coz lah sebelum beli tu kita kena survey kan kedai mana yang product dia paling lawa dan harga yang berpatutan..but they all dont understand..last night i went to uptown Cheras to buy some shirts..cant you imagine before entering the uptown main door, he had warning me.."Ok awak pilih cepat-cepat pastu kita balik cepat, i nak tengok bola" "Nampak je baju yang awak nak..terus beli tak payah pusing-pusing lagi..penatkan kaki je"
alahai..u tak bad mood ke kalau camtu..ini namanya shopping express!! ok kalau dia kata nak balik awal pasal esok keje, takut penat ke..I can accept..but when he said..just for watching the football match..I really2 hate it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok..so..with a realy2 bad mood, I just grab anything that I want..you nak shopping laju2 kan..so let me show u..we spent about 300 last night.  After shopping we decide to had a drink first before came home. When I open my wallet, " Oh no..I dont have a money anymore.., ermm maybe we have to find nearest ATM" Ha looked at me with innocent face.."I allready know it" so put out his wallet and pay all the bills..
sitting beside me and APALAGIIII..starts his lecture session..

" Ok..pa kan dah cakap beli yang perlu je..nanti papa gaji, papa top up lah ape yang perlu..ni tak semua pun awak nak beli hari ni" Pastu kuar duit selalu kuar sikit2 tapi berbelanja ikut nafsu...next time fikir dulu ape yang nak beli, buat senarai, jangan main sambar je...cube bijak sikit bila berbelanja  and bla...bla..bla..."

seeee....last-last i yang kena balik..hadui-hadui..:-(

24 February 2014

Pasta Bebola Daging


Inilah cerita hari minggu kami yang lepas.  anyway aku start makan Pasta beefball ni pun masa mengunjungi rumah kawan ku Hajarah.  Masa makan kat rumah dia tu teringat plak kat Husband..teringin nak buat untuk dia pulak..yelah bila balik citer ngan dia, risau plak hubby aku tu telan air liur je...ksian dia.  So balik dari rumah Hajarah tu, aku takdelah cite ape2..just masuk bilik terus tido..so pagi esoknyer dia tanya "awak makan ape malam tadi?" just jongket2 bahu je..aku tak jawap pun soalan dia...pada hal dalam hati ni excited nak citer ngan dia betapa enaknyer rasa beefball tersebut..so semalam aku mendapat peluang..yelah before this asik busy dengan weekend activity. So..after sarapan kami terus berkejaran ke Mydin.  Cari punyer carik tak jumpa beefball.  so aku pun pangjangkan langkah ke Alamanda plak..jumpalah beefball jenama AZMY..so bermula lah sesi masak memasak di rumah kami..
Pasta Beef Ball

Amacam..nampak lazat tak??

inilah hubby ku yang berselera makan

beef ball, sayur and kuah lada hitam

Ok nak resepi eh...

Untuk sos lada hitam yang sangat gravy..dan marvaelous..

Bahan-bahan:

2 sudu marjerin
1 biji bawang holand dipotong dadu
beberapa ketul cendawan butang dihiris nipis
2 sudu brown sos dibansuh dengan 2 gelas air panas
1 sudu lada hitam
2 ulas bawang putih
2 sudu sos lada hitam 

Cara-cara

Tumbuk lumat bawang putih dan lada hitam. Panaskan marjerin dalam periuk.  Tumiskan bawang holand yang telah didadu dan bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.  Biarkan sampai naik bau, kemudian masukkan cendawan butang.  Kacau rata kemudian masukkan bancuhan  brown sos.  Tambahkan sos lada hitam kemudian kacau hingga pekat. No need "perasa/garam" hokey..

Mash Potato

2 Biji kentang yang telah direbus
Air Panas
1 sudu mustard
* kacau dan lenyek-lenyek kan sampai halus

Ok aku nak bagi petua sikit..masa nak rebus kentang tu, letak kan 1 slice cheesdale ke dalam air rebusan tersebut bagi menhilangkan rasa pahit.  Ok, aku rebus kentang  sekali dengan carrot..sebab nak senangkan keje kan..lepas angkat carrot dan kentang tersebut yang telah empuk, aku masukkan pulak sayur brocoli dalam air rebusan yang sama.  Tapi sayur brocoli aku tak rebus lama, lebih kurang dalam 3 minit je, aku terus angkat dan toskan..Then hidangkanlah..Alhamdulillah, mula-mula ingat hubby tak suka masakan western ni, tapi bila tengok dia bertambah masa makan..huh lega...





6 February 2014

KERANA DIA ISTERI KU (PART 1)

Mawar tercungap-cungap berlari ke sana kemari sambil menjerit-jerit meminta pertolongan.  Baju kurung nya lencun di basahai peluh akibat penat berlari di bawah teriknya mentari. Suasana di Klinik Desa Kg. Aman tiba-tiba gamat dengan kehadiran  Mawar ke klinik tersebut.  Seorang jururawat segera mendapatkan Mawar yang sedang tercungap-cungap menahan penat.
"Kenapa ni Cik?" Jururawat memegang bahu Mawar.
"Tolong..ayah saya sesak nafas di rumah..tolong pergi rawat ayah.." Mawar tak sempat menghabiskan ayatnya akibat masih tercungap-cungap.
Seorang doktor wanita segera menerpa Mawar...
"Ok, mari kita pergi sekarang! Cik ikut kami ye, kita naik ambulan untuk ke rumah cik.."  Doktor wanita tersebut memandang tepat ke wajah Mawar.
Mawar mengangguk perlahan..
Jururawat segera melangkah mengambil segala kelengkapan rawatan..dengan pantas Mawar menaiki ambulan yang telah pun dipanaskan enjinnya..siren pun telah dibunyikan dengan kuat.
"Kat mana rumah Cik?"
tanya doktor wanita itu perlahan tatkala melihat Mawar telah mengambil tempat di kerusi penumpang.
"Kg. Jawa, ermmm lebih kurang 5 kilometer daripada sini"
Terlopong mulut doktor dan jururawat tersebut mendengar jawapan Mawar
""Maknanya cik berlari sejauh 5 kilometer untuk ke klinik ni?" jururawat tersebut meminta kepastian.
Mawar menganguk perlahan.
Deringan bunyi ambulan menambat perhatian seluruh warga Kg. Jawa.  Masing-masing berpusu-pusu ke rumah Mak Milah dan Pak Lang.
Kelihatan Mak Milah muncul di muka pintu rumah yang hampir usang.  Hanya rumah tua tersebutlah yang menjadi tempat meraka anak- beranak berteduh selepas Pak Lang menjual kesemua tanahnya.  Mak Milah sedar ramai orang kampung yang membuat tomahan kepada mereka sekeluarga..yelah mana taknya, selalunya selepas jual tanah, orang akan kaya-raya, ini usahkan kata nak pergi Haji, nak beli rumah besar pun tak mampu.  Ada juga orang kampung yang memulaukan mereka dengan berkata "tulah agaknya tuhan nak ambil semula hartanya sebab dosa-dosa yang pernah dilakukan"
Mak Milah cuma memendam perasaan nya sahaja.  Tidak sedikitpun dia mengendahkan tomahan orang sekelilingnya.  Bagi dirinya, Pak Lang adalah suami yang amat dicintainya, dia faham dan tahu ke mana hala tuju segala hartanya.
"Mak, ayah macam mana?" Mak Milah terkejut dengan terpaan Mawar
"ada..ada kat dalam..makin teruk"
Mawar segera menarik lengan baju doktor menuju ke bilik kecil di dalam rumah usang tersebut.
Kelihatan Pak lang terbaring lemah di atas sehelai tikar mengkuang. dadanya turun naik mengambarkan dirinya sedang cuba untuk bernafas.  Doktor segera menjalankan tugasnya..oksigen dipasang agar membantu Pak Lang untuk bernafas..mata hitam Pak Lang tidak kelihatan lagi..
Air mata Mawar dan Mak Milah berjujuran dengan lajunya..perlahan-lahan bibir Mak Milah menghampiri cuping telinga Pak Lang
" Bang...mengucap bang..." Kalimah syahadah dialun dengan sayu seiring dengan linangan air mata..Pak Lang menuruti dengan suara yang amat perlahan..dihujung kalimah tersebut..Pak lang kelihatan menutup matanya dengan tenang..Mawar memeluk irat tubuh ayahnya yang terbujur kaku.
"Ayah!! jangan tinggalkan Mawar ayah..."
Mak Milah memaut tubur Mawar yang kecil itu.  Dia faham perasaan anak gadis nya yang baru berumur 17 tahun itu.  Mak Milah turur menangis.
"Sudah lah Mawar...relakan ayah pergi ye nak." rambut Mawar yang ikal mayang di usap perlahan.  Orang-orang kampung hanya memerhati dengan rasa simpati..doktor segera mengemaskan peralatannya sambil dibantu jururawat.  bebarapa orang datang membantu menguruskan urusan pengebumian Pak Lang.  Menjelang senja Mak Milah dan Mawar bertungkus lumus memasak untuk kenduri doa tahlil untuk arwah. Selesai sahaja kenduri tahlil untuk arwah, Mawar mengambil tempat di sisi ibunya yang sedang duduk bersandar di tepi dinding yang hampir reput. Diusapnya wajah Mak Milah yang  kepenatan ..tanpa disedari, air matanya tiba-tiba mengalir membasahi pipinya yang gebu.  Kepalanya dilentok ke bahu Mak Milah..
"Mak..apa agaknya nasib kita lepas ni,  lepas ketiadaan ayah ye mak?" Mak Milah menoleh ke arah Mawar
"jangan begitu nak..selagi ada nyawa mak..mak akan terus menjaga Mawar.  Mawar jangan susah hati ya" suara Mak Milah perlahan diiringi dengan esak tangis mereka berdua.



30 January 2014

Mengidam Nak Makan Pepatah/Pepahat

lately malas sungguh aku nak update blog..macam-macam masalah yang terpaksa difikirkan .  Kadang-kadang jiwa ini rasa give up dan otak ku penat berfikir..kadang-kadang timbul keinginan untuk rest in peace..well itulah kita manusia biasa, tak pernah sempurna, tak pernah kuat menghadapi dugaan yang diturunkan Allah.  Dalam keadaan serabut itu, sebenarnya pelbagai keinginan yang timbul..aku cuba mencari sinar di celah-celah awan yang mendung.  Penat kaki ini berjalan, sekiranya tidak mampu untuk melangkah lagi, akan ku paksa ia merangkak pula...itulah realiti kehidupan..
 Hari tu pulang dari kerja dalam keadaan serabut.  amarah ku ini masih belum boleh dipadamkan..bukan niat ku menderhaka, tetapi inginkan kehidupan yang sempurna..lantas  masuk ke kereta.  melihat wajah suami, aku masih belum boleh tenteram.  Tetapi si suami cool je, "ermm.. jom makan pepatah" kata suami ku perlahan sambil tersenyum memandang aku yang sedang menahan marah.  Ok, thats it, hanya bila diajak berjalan je boleh mencairkan batu kemarahan ku ini.  Hanya suami ku je yang tahu caranya..hahahhaha..dengan pantas aku mengukir senyuman lebar.."Ok!" jawabku ringkas.  aku pun pelik kenapa cepat sangat hati ku cair..bengong!  So kami terus menuju ke pantai bagan lalang..dalam keadaan dua-dua orang pun tak tahu jalan, kami hanya berpandukan sign board je.  Tapi apa yang membina semula kemarahan ku ini adalah kerana, sign board dia teramatlah tidak membantu.  Berapa kali kami kena berhenti tanya orang. Hampir 2 jam perjalanan baru lah kami sampai..memang aku dah lama teringin nak makan pepatah ni.  Seumur hidup aku ini baru first time aku nak makan..sampai je dah dekat maghrib, aku ajak suami makan dulu, tapi suami plak kata nak hirup udara pantai dulu plak..


 
So lepas menghirup angin pantai, kami pun terus jalan kaki je pi kedai makan..terus ku order Pepatah masak chili" sebagai menu utama.  Suami ku plak order menu biasa dia telur dadar dan sup kosong.



Inilah kedai makan pilihan kami
Erkk Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak merasa pepatah ni. Dalam hati ni memuji masakan tukang masak di restoran tersebut. sedap sangat...semua sekali harga yang perlu di bayar adalah RM24.80 termasuk air nescafe ais, air limau suam dan 2 pinggan nasi putih..so kami bergerak balik ke putrajaya.  On the way balik tu, boy plak tepon cakap nak datang rumah.  aku dan suami memang rindu sangat dengan Damia, my niece..So, bila dengar je boy, huda, dan Damia nak datang rumah, suamiku terus mamandu laju. and thats it, 45 minit je kami dah sampai rumah...so happy lah kami dapat jumpa Damia kesayangan kami...Alhamdulillah..



27 January 2014

Resepi Red Velvet

Hari ni aku nak citer lah pasal resepi red velvet yang aku buat bersama kawan-kawan last weekend.  Kami buat baking project ni kat rumah Hajar. Acctually aku pun amik resepi ni dari internet.. so malas nak celoteh panjang, sesapa yang nak resepi tu..nah inilah resepi nya.



Bahan A (Semuanya ayak bersama-sama)


> 250 gram tepunng kek.  (aku sukat guna cawan, so dalam 1setengah cawan lah yer)
> 1 sudu kecil baking powder
> 1/2 sudu kecil garam
> 2 sudu kecil koko powder

Bahan B (Campurkan kesemuanya dan kecau sehingga sebati)

> 240 ml buttermilk
> 2 sudu besar pewarna merah (cari yang halal ea)

ok, untuk buttermilk ni, kalau susah sangat nak cari kat kedai, ada alternatif lain sebenarnya. Just campurkan 240 ml fresh milk dengan 1 sudu kecil cuka, (tapi aku gunakan jus lemon sbg pengganti cuka). Biarkan dalam 10 minit..tada..jadilah buttermilk..


Bahan C

> 115 gram butter
> 300 gram gula kastor
> 2 biji telur (tak kisah pun telur gred apa pun yg penting basuh dulu sebelum nak guna)
> 1 sudu kecil esen vanila

Bahan D

> 1 sudu kecil cuka masakan (alternatif lain, kalau korang tak suka banyak cuka, korang boleh ambil jus limau nipis) rasa red velvet memang ada sweet sweet sour gitu ye .
> 1 sudu kecil baking soda

Untuk Topping pulak 

> 230 gram cream cheese 
> 1 susu kecil esen vanilla
> 1 cawan gula ising
> 250 ml whipping cream/susu segar

Carqa-Caranya:

Firstly, pukul butter hingga kembang.  Ok, kalau keluarkan butter tu dari peti ais, biarkan butter tu sama ngan suhu bilik dulu. Then, baru pukul. Atau pun kalau geram sangat nak tunggu lama2, potong butter tu jadi bentuk kiub2 kecik supaya butter tu kembang dengan cepat. 

second, masukkan gula kastor dan pukul lagi selama beberapa minit yang kita nak asalkan ia sebati ngan butter tadi tu. Jangan lebih2 pulak pukul tu..Cian kat dia..huhu

Third, masukkan telur satu persatu. Then pukul ikut suka ati dalam masa 2 ke 3 minit. (Eh, banyak main pukul2 kan buat kek ni..hehe.) Lepas tu masukkan esen vanilla. Okey selesai dah untuk Bahan A. Yeay! Kiranya bahan A ngan bahan C bergabung menjadi satu.

Sekarang, amek bahan B pulak. Campurkan pewarna merah tu ngan buttermilk. Kemudian, kacau hingga sebati. (p/s: jangan lari bila nmpak wane merah terang benderang). Done mix Bahan B! Yeay!



Masukkan bahan A dan bahan B tadi secara berselang seli. Disebabkan kedua-dua bahan ni berpadu dan bergabung, jadi, kita kena pukul kedua-dua bahan ni dengan muka yang serius agar dapat warna merah yang memuaskan hati kita. Ok, stop merepek!

Ok, kesian kat bahan D kan. Dia dok tunggu gilirannya untuk dipukul.! Untuk bahan D, sebatikan cuka masakan dengan baking soda tu sekali. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda tu berhenti mengeluarkan bunyi..seperti..sssszzzzz...Tuangkan ke dalam adunan bahan A dan B tadi, kemudian, sebati kan. 

Tuangkan ke dalam loyang. Tak kisah apa bentuk pun boleh. segi empat ke bulat ke..

Bakar selama 30-45 minit dengan suhu 170 Celcius.

Hah nak tahu kek anda dah masak ke tak, ambillah garfu dan cuba cucuk di tengah-tengah kek, kalau takde kesan melekat, maknanya dah masaklah tu..kalau ade melekat, rtambahlah lagi sikit masa untuk membakar tu.

Lepas dah siap kek anda tu, potonglah kepada 2 atau 3 bahagian.  salutkan dengan campuran toping tadi sebelum ditindih dengan lapisan kedua/ ketiga..  pastu last sekali salutkan topping di seluruh bahagian kek anda.


Hah inilah gambar activity kami di hujung minggu..sorry lah gambar pun carik dari Bell sebab kawe malas nak ambik gambo hari tu..mood larik!!

16 January 2014

Biskut Aiskrim in da Hause


Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Ni saya nak citer sikit..dulu-dulu masa kacik-kecik dan sampailah besar skunk ni, saya ada 1 snacks kegemaran..namenyer biskut aiskrim..nak tahu nape namenyer biskut aiskrim?? Sebab....dulu-dulu kite hanye suka makan 2 jenis snacks je iaitu, aiskrim dan coklat.  So kalau mama kite cakap nak buat biskut, kite tak layan lah kan..cer mama kite cakap nak buat aiskrim..pergh berdesup kite ke dapur jadi penonton tegar mama kite.  So mama kite cakap nama biskut ni biskut aiskrim..hahhaha.  Skunk ni kite rasa macam rindu plak zaman dulu-dulu. Yelah dulu..sebut aje nak makan ape..mesti mama kite akan buatkan.. Dulu-dulu pun everytime birthday kami 7 beradik, mama kite akan buatkan kek, takdenyer nak pegi beli kat kedai ni sume.  Dari situ kite dah start belajar berdikari, belajar hidup susah.  Tapi you all nak tau fakta tak? Kek yang mama kite buat sendiri selalunya sama dan kadang-kadang lebih sedap dari kek yang kat kedai tu tau..I Love mama.  Ok dipendekkan cerita, last week kite tak berapa sihat, so tekak ni mulalah reject macam-macam makanan.  Tapi teringin plak nak makan sesuatu yang manis..but not so sweet lah..tetibe teringat pasal biskut ni..yelah biskut ni paling simple nak buat, tak perlu bake lagi.  Ni resepi turun temurun ni..




Bahan-Bahan nyer adalah :

1 Tin susu pekat manis
300 grm/ 1 kampit milo kecil/ Vico pun bley
1 packet sedang bisku marie (anggaran dalam 50 keping lah)
2 genggam kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)

P/s : Kalau korang nak lebih berkhasiar lagi boleh lah tambahkan kismis, badam ke or oat/ nestum ke..aku beli barang ikut yang mana sempat jew

Cara-Cara

Goreng kacang tanah sampai garing.  Kena goreng tanpa minyak ta. Agak-agak dah nampak coklat kehitam-hitaman tu kira dah garing lah tu.  Buang kulit kacang tanah tu. Kalau nak senang beli je kacang tanah yang dah dibuang kulit pastu goreng lagi mudah!. Ok pastu dalam mangkuk besar yang bersih, korang masukkan biskut marie yang dipatah empat tu.  pastu masuk milo/vico 1 kampit dan masuk susu.  Gaul hingga sebati kemudian masukkan kacang tanah tadi. then gaul lagi.  Dah siap, alas loyang dengan plastik, pastuk masuk kan semua adunan tadi dan cover semula dengan plastik di atas nya.  then ambik lesung batu, tumbuk-tumbuk or tekan-tekan bagi adunan tu betul-betul mampat dalam loyang.  Pastu masuk lah peti ais dan biarlah semalamam.  Esok pagi-pagi dah bley potong and makan..

Biskut ni skunk dah jadi kegemaran my husband.. nak tau tak, biskut ni dia bley habiskan dalam masa 1 hari jew..hebat tak? btw family dari Melaka pun datang hari tu melawat kite, tu yang sekelip mate je habis..tapi Alhamdulillah lah kan..walau tak dapat rasa banyak janji tekak ni dapat menerima ..I love it!

9 January 2014

Wellcome 2014


I dont want to tell you my wish
Just enough if all I can say is " Cukuplah Allah bagiku"
Coz only Him knew what the best for me
Only Him knew what actually I wanted and needed
The important things is only Him knew the way

I love Allah and Islam is my way of life!








 Nasir Bin Hassan + Jamilah Binti Mail

1. Mohd. Nazri Bin Nasir

2. Nardiah Binti Nasir + Mohd. Zudaidi Bin Yaacob + Mohd. Zafran Al-Amin

3. Narduah Binti Nasir + Razali Bin Ali

4. Mohd. Najib Bin Nasir + Nur Huda Daniel + Nur Damia Batrisyah

5. Mohd Haniff Bin Nasir

6. Mohd. Hakim Bin Nasir

7. Ahmad Nabil Bin Nasir



Allah, please protect my family... bless us with your Rahman & Rahim.  Thanks for giving me the chance to live with this great family mambers..and only You know how deep I love them..   :)