Adds BY Nuffnang

14 November 2012

MIMPI OOOOOHHHH MIMPI....Apekah ada maksud tersirat??

Assalammualaikum dan very good morning ...

Ni aku nak citer ni pasal mimpi aku. Dont know lah ade maksud atau mainan tido semata2 kan...
Ok aku mimpi macam ni, aku dah mati..siap ade orang kafankan aku..dan aku dapat rasakan roh aku diangkat ke langit yang sangat tinggggiii...! Ok, time tu aku seolah2 tahu yang roh aku dah sampai lapisan langit ke tujuh, bila aku toleh aku nampak bumi sangat jauh dari aku. Then tibe2 aku berada di dalam sebuah masjid yang sangat besar dan cantik..sangat luas..sangat tinggi! Perhiasan di salam masjid tu dibuat daripada emas, Dinding masid bewarna putih bersih,karpet merah yang sangat besar dibentang sebagai permaidani.  Aku tengok dalam masjid tu sangat ramai orang yang sedang beratur,,macam2 rupa..ade yang muka dalam kerisauan..pakaian compang camping, ade yang berpakaian jubah hitam menutup seluruh tubuh badan dan berkumpul bersama puak2 yang sama pakaian dengan mereka, ade yang berjubah putih dan muka berseri2..sangat cantik! Ape yang pelik ialah, walaupun beribu-ribu orang sedang berbaris panjang seolah-olah sedang menunggu giliran, aku pulak seolah2 berjalan dan sekejap aje dah sampai depan.  macam potong q lah pulak Tapi masa aku berjalan ke dapan tu, mulut aku ni tak henti - henti berzikir kepada Allah. Laillah Haillahlah...Allah Huakbar..SubhanAllah..itu aje yang aku sebut sepanjang perjalanan. Aku berpakaian jubah putih dan suami ku juga berpakaian baju Melayu putih. Haihhh..macam nak nikah pulak kan..Bila sampai sahaja di barisan paling depan, aku berasa sangat kagum melihat sebuah kerusi yang sangat tinggi, besar dan cantik,, kerusi tu berganda2 lebih besar dari manusia.. kiri dan kanan kerusi itu diapit oleh sekumpulan makhluk yang bersayap, yang duduk dalam kumpulan dan bingkai kerusi tersebut diperbuat dari emas yang sangat berkilau dan bercahaya!! MasyaAllah !..sekali lagi aku hampir menjerit...mataku terpukau, mulut aku tak mampu keluarkan perkataan apa-apa lagi selain zikir kepada Allah!! Sangat INDAH!!! Tibe-tibe entah macam mana aku terjaga, mataku tibe-tibe terbuka dan serentak dengan itu Azan Subuh berkumandang.  Badan aku menggil dan jantung aku berdebar2...ermmm sudahnyer sampai pagi aku tak boleh tido balik huhu...Whats  acctually its all about yerk?


9 November 2012

AKU NAK KURUS MACAM DULU!!

Huh korang mesti terkejut kan tengok aku dulu kurus...haissshhh..rindunyer time ni dalam tahun 2009. Kurus and steady yeah....

time ni tgh zaman bujang-bujang lagi..hurm bilalah aku nak kurus balik nih..haihh.. Bila badan dah beasr cam tong drum ni, mulalah sakit itu ini.mudah letih..tak larat  ahh semua penyakit duk datang hinggap!  Tapi takper...tunggulah suatu hari nanti aku akan pastikan jadi kurus semula tau...Azam hujung Tahun 2012 dah sampai...TUNGGGU!!!!