Adds BY Nuffnang

28 March 2014

Hadiah untuk Si Kecil

Assalammualaikum...

Lama juga lah kan I tak update blog ni..anyway busy sangat...sebenarnya I tengah pening memikirkan kereta yang baru hari tu rosak. clutch plate habis..adoyyai tin tong lah saye..mula-mula tanya kat kedai nak sampai RM 800 untuk tukar semua, taukeh tu kate payah nak buat..nak kena turun enjin lah bagai dan kena tinggal keta kat bengkel at least 2 hari.hohoho nasib baik ade suami saye kan..so kami just beli barang...and suami saye bersama-sama dengan anak buahnye, Iwan pun mengerjakan kereta ku.  Thanks Iwan coz tolong kami, hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik kamu. Tapi beli barang-barang keta pun dah hampir RM400 beb..huhu money-money fly away..:(

Eh jauh benar aku membebel kan..anyway aku nak share lah sikit mengenai idea untuk membeli hadiah hari jadi..walaupun  belum ade baby sendiri kan, tapi setiap kali menjelang birthday anak buah, aku lah yang pening.  yelah mana taknyer, anak anak buah aku kecil2 lagi. Baru ade 2 orang.  yang sorang Mohd. Zafran Al-Amin baru 3 tahun pada 28.11.2013, yang sorang lagi Nur Damia Batrisyia, baru nak masuk 1 tahun pada 2.4.2014 ni..see, pening tak nak cari hadiah ape yang sesuai untuk mereka..Ok, tapi aku slow-slow fikir..jalan sorang-sorang kat shopping mall Mines tu sambil otak ni ligat memikirkan ape yang nak dibeli. tapi aku nak share kat korang birthday zafran yang lepas, ape yang aku bagi dan birthday Damia yang akan datang ni, ape yang aku nak bagi dan beserta sebab aku bagi hadiah tersebut..

Masa Birthday Zafran 1 Tahun iaitu pada 28.11.2011 aku bagi :




Nak tahu reason aku bagi benda ni?? Sebenarnya zafran time ni belum pandai berjalan betul2. Jalan-jalan jatuh...so aku hadiahkan lah benda ni,  benda ni bley wat walker untuk latih berjalan.  Dan bila zafran duduk atas tu, dia kena hayunkan kaki dia bagi menggerakkan benda ni.  So in the same time dia sedang berusaha menguatkan kakinya sebagai persediaan untuk berjalan kelak.  Nak tahu tak sampai lah Zafran dah umur 3 tahun dia masih menggunakan benda alah ni. dah tercabut tempat duduk pun dia bley repair sendiri lagi janji dapat naik selalu..siap merempit lagi dalam umah nenek dia..hahhaa alahamdulillah dia amat menghargai nya. Aku ingat nak belikan Damia benda ni juga untuk tahun ni..tapi kakak aku dah cop nak belikan dulu..aduyyaii..terpaksa memikirkan hadiah lain.

Birthday Zafran 2 Tahun 28.11.2012 aku bagi :





Hah ini lah kuda rotan..gambar aku copy paste from internet je.  Reason kenapa aku bagi kuda rotan ni sebab, zafran dah pandai jalan dan berlari time ni.  Dia amatlah lasak yer..sampai pak long and atok dia selalu layan dia jadi kuda.  So, aku belikan lah kuda rotan si sebagai hadiah, jadi rileks lah sikit atok dan pak long nyer..tak payah layan dia jadi kuda lagi, dia dah pun ade kuda sendiri..Tapi yang ni Zafran jarang main sangat sebab dia masih terleka dengan walker yang aku bagi masa umur dia 1 tahun dulu..heheh.. Nak bagi Damia kuda rotan ni sebagai hadiah rasanya tak sesuai pulak sebab Damia kecik lagi belum pandai duduk ngan stabil.  Hurm terpaksa fikir idea lain nak bagi Damia hadiah ape...

Birthday Zafran 3 tahun 28.11.2013 aku bagi:


Guitar.  Gitar ni best tau sebab ia bley mengeluarkan cahaya dan pelbagai rentak bila di tekan di bodynya.  Aku beli gitar ni pun las minit sebab mula-mula ingat nak bagi duit je, tapi last-last masa balik Johor rumah mertua hari tu, tergerak hati nak singgah ayer hitam dan ternampak lah gitar ni.  ape lagi..terus sambar je lah.. tengoklah gambar Zafran di atas betapa happynyer dia dapat gitar.  Reason aku bagi hadiah ni sebab Zafran ni gaya nya macam penghibur kami. Dia suka menyanyi dan bayank juga lagu yang dihafalnya.  Nasyid, Alif Ba Ta, Lagu balik kampung nyanyian sudirman juga dia pandai tau..so di samping menyanyi aku nak juga dia pandai bermain alat muzik. So aku nak biasakan dia main gitar permainan dulu. dah besar sit baru blay beli gitar betul2.  Takpe..pak cik-pak cik dia ramai yang pandai main gitar..t boleh tolong jadi sifu Zafran kan..Nak bagi Damia alat muzik pun macam tak sesuai juga sebab alat muzik ni banyak untuk 3 tahun ke atas je.  Lagi satu, compartmen muzik ni banyak yang halus-halus..takut Damia tertelan plak nanti...

Birthday Damia 1 Tahun 2.4.2014 ni

Hehehe lega nya rasa dah beli hadiah untuk Damia...




Jeng-Jeng-Jeng...Gelang tangan silver

Nur Damia Batrisyia kan seorang baby girl yang sangat cute dan comel..so mummy nak kekalkan keayuan dan kecomelan Damia..that's why mummy hadiahkan Damia gelang tangan ni..Mummy sayang Damia.  Damia tahu tak.. lama mummy fikir hadiah yang terbaik untuk Damia, siap berebut-rebut lagi dengan mak ngah..nak bagi Damia basikal, Damia belum pandai nak naik sendiri..mummy risau Damia jatuh nanti.  Nak bagi baju or kasut..mummy rasa nanti tunggu hari raya lah mummy bgi hadiah camtu, lagi pun hari raya tahun lepas mummy dah bagi Damia baju kurung kan..InsyaAllah raya tahun ni pun mummy akan usahakan carik baju kurung untuk Damia k..tak sabar mummy nak tengok Damia pakai gelang tangan yang ade loceng ni nanti..senang lah sikit kalau Damia menyorok, mummy bley carik..heheh Happy Birthday Damia...

Zafran dan Damia

Zafran kiss Damia

Mummy and Damia
Ok skunk aku nak update plak hadiah ape aku bagi untuk birthday Zafran yang ke 4 tahun iaitu pada tahun 2014.  Tahun ni kena bagi dua-dua anak buah iaitu Zafran dan Damia..sebab Damia pun dah tahu jaelous kalau abg zafran je sorang yang dapat..

Ini hadiah aku untuk zafran...set Lego 


Ini pula hadiah aku untuk Damia..doctor play set..

Nak tahu update yang aku dapat dari mak zafran berkenaan hadiah yang aku berikan..mak dia kata Zafram nijam bila bangun pagi je ajak ibunye wat robot..dia lebih banyak menyendiri sambil bermain dengan lego sat yang aku belikan..almaklumlah orang tgh mencipta daya imaginasi yang tinggi...Tapi lepasnih tak bley bagi mainan dah sebab Zafran dah start sekolah tahun 2015..pasnih nantikan collection buku dari mummy yer sayang...

1 comment:

  1. Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
    Tidak termasuk postage
    Whatsapp fakhru 0139233431

    ReplyDelete