Adds BY Nuffnang

30 January 2014

Mengidam Nak Makan Pepatah/Pepahat

lately malas sungguh aku nak update blog..macam-macam masalah yang terpaksa difikirkan .  Kadang-kadang jiwa ini rasa give up dan otak ku penat berfikir..kadang-kadang timbul keinginan untuk rest in peace..well itulah kita manusia biasa, tak pernah sempurna, tak pernah kuat menghadapi dugaan yang diturunkan Allah.  Dalam keadaan serabut itu, sebenarnya pelbagai keinginan yang timbul..aku cuba mencari sinar di celah-celah awan yang mendung.  Penat kaki ini berjalan, sekiranya tidak mampu untuk melangkah lagi, akan ku paksa ia merangkak pula...itulah realiti kehidupan..
 Hari tu pulang dari kerja dalam keadaan serabut.  amarah ku ini masih belum boleh dipadamkan..bukan niat ku menderhaka, tetapi inginkan kehidupan yang sempurna..lantas  masuk ke kereta.  melihat wajah suami, aku masih belum boleh tenteram.  Tetapi si suami cool je, "ermm.. jom makan pepatah" kata suami ku perlahan sambil tersenyum memandang aku yang sedang menahan marah.  Ok, thats it, hanya bila diajak berjalan je boleh mencairkan batu kemarahan ku ini.  Hanya suami ku je yang tahu caranya..hahahhaha..dengan pantas aku mengukir senyuman lebar.."Ok!" jawabku ringkas.  aku pun pelik kenapa cepat sangat hati ku cair..bengong!  So kami terus menuju ke pantai bagan lalang..dalam keadaan dua-dua orang pun tak tahu jalan, kami hanya berpandukan sign board je.  Tapi apa yang membina semula kemarahan ku ini adalah kerana, sign board dia teramatlah tidak membantu.  Berapa kali kami kena berhenti tanya orang. Hampir 2 jam perjalanan baru lah kami sampai..memang aku dah lama teringin nak makan pepatah ni.  Seumur hidup aku ini baru first time aku nak makan..sampai je dah dekat maghrib, aku ajak suami makan dulu, tapi suami plak kata nak hirup udara pantai dulu plak..


 
So lepas menghirup angin pantai, kami pun terus jalan kaki je pi kedai makan..terus ku order Pepatah masak chili" sebagai menu utama.  Suami ku plak order menu biasa dia telur dadar dan sup kosong.



Inilah kedai makan pilihan kami
Erkk Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak merasa pepatah ni. Dalam hati ni memuji masakan tukang masak di restoran tersebut. sedap sangat...semua sekali harga yang perlu di bayar adalah RM24.80 termasuk air nescafe ais, air limau suam dan 2 pinggan nasi putih..so kami bergerak balik ke putrajaya.  On the way balik tu, boy plak tepon cakap nak datang rumah.  aku dan suami memang rindu sangat dengan Damia, my niece..So, bila dengar je boy, huda, dan Damia nak datang rumah, suamiku terus mamandu laju. and thats it, 45 minit je kami dah sampai rumah...so happy lah kami dapat jumpa Damia kesayangan kami...Alhamdulillah..



27 January 2014

Resepi Red Velvet

Hari ni aku nak citer lah pasal resepi red velvet yang aku buat bersama kawan-kawan last weekend.  Kami buat baking project ni kat rumah Hajar. Acctually aku pun amik resepi ni dari internet.. so malas nak celoteh panjang, sesapa yang nak resepi tu..nah inilah resepi nya.



Bahan A (Semuanya ayak bersama-sama)


> 250 gram tepunng kek.  (aku sukat guna cawan, so dalam 1setengah cawan lah yer)
> 1 sudu kecil baking powder
> 1/2 sudu kecil garam
> 2 sudu kecil koko powder

Bahan B (Campurkan kesemuanya dan kecau sehingga sebati)

> 240 ml buttermilk
> 2 sudu besar pewarna merah (cari yang halal ea)

ok, untuk buttermilk ni, kalau susah sangat nak cari kat kedai, ada alternatif lain sebenarnya. Just campurkan 240 ml fresh milk dengan 1 sudu kecil cuka, (tapi aku gunakan jus lemon sbg pengganti cuka). Biarkan dalam 10 minit..tada..jadilah buttermilk..


Bahan C

> 115 gram butter
> 300 gram gula kastor
> 2 biji telur (tak kisah pun telur gred apa pun yg penting basuh dulu sebelum nak guna)
> 1 sudu kecil esen vanila

Bahan D

> 1 sudu kecil cuka masakan (alternatif lain, kalau korang tak suka banyak cuka, korang boleh ambil jus limau nipis) rasa red velvet memang ada sweet sweet sour gitu ye .
> 1 sudu kecil baking soda

Untuk Topping pulak 

> 230 gram cream cheese 
> 1 susu kecil esen vanilla
> 1 cawan gula ising
> 250 ml whipping cream/susu segar

Carqa-Caranya:

Firstly, pukul butter hingga kembang.  Ok, kalau keluarkan butter tu dari peti ais, biarkan butter tu sama ngan suhu bilik dulu. Then, baru pukul. Atau pun kalau geram sangat nak tunggu lama2, potong butter tu jadi bentuk kiub2 kecik supaya butter tu kembang dengan cepat. 

second, masukkan gula kastor dan pukul lagi selama beberapa minit yang kita nak asalkan ia sebati ngan butter tadi tu. Jangan lebih2 pulak pukul tu..Cian kat dia..huhu

Third, masukkan telur satu persatu. Then pukul ikut suka ati dalam masa 2 ke 3 minit. (Eh, banyak main pukul2 kan buat kek ni..hehe.) Lepas tu masukkan esen vanilla. Okey selesai dah untuk Bahan A. Yeay! Kiranya bahan A ngan bahan C bergabung menjadi satu.

Sekarang, amek bahan B pulak. Campurkan pewarna merah tu ngan buttermilk. Kemudian, kacau hingga sebati. (p/s: jangan lari bila nmpak wane merah terang benderang). Done mix Bahan B! Yeay!



Masukkan bahan A dan bahan B tadi secara berselang seli. Disebabkan kedua-dua bahan ni berpadu dan bergabung, jadi, kita kena pukul kedua-dua bahan ni dengan muka yang serius agar dapat warna merah yang memuaskan hati kita. Ok, stop merepek!

Ok, kesian kat bahan D kan. Dia dok tunggu gilirannya untuk dipukul.! Untuk bahan D, sebatikan cuka masakan dengan baking soda tu sekali. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda tu berhenti mengeluarkan bunyi..seperti..sssszzzzz...Tuangkan ke dalam adunan bahan A dan B tadi, kemudian, sebati kan. 

Tuangkan ke dalam loyang. Tak kisah apa bentuk pun boleh. segi empat ke bulat ke..

Bakar selama 30-45 minit dengan suhu 170 Celcius.

Hah nak tahu kek anda dah masak ke tak, ambillah garfu dan cuba cucuk di tengah-tengah kek, kalau takde kesan melekat, maknanya dah masaklah tu..kalau ade melekat, rtambahlah lagi sikit masa untuk membakar tu.

Lepas dah siap kek anda tu, potonglah kepada 2 atau 3 bahagian.  salutkan dengan campuran toping tadi sebelum ditindih dengan lapisan kedua/ ketiga..  pastu last sekali salutkan topping di seluruh bahagian kek anda.


Hah inilah gambar activity kami di hujung minggu..sorry lah gambar pun carik dari Bell sebab kawe malas nak ambik gambo hari tu..mood larik!!

16 January 2014

Biskut Aiskrim in da Hause


Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Ni saya nak citer sikit..dulu-dulu masa kacik-kecik dan sampailah besar skunk ni, saya ada 1 snacks kegemaran..namenyer biskut aiskrim..nak tahu nape namenyer biskut aiskrim?? Sebab....dulu-dulu kite hanye suka makan 2 jenis snacks je iaitu, aiskrim dan coklat.  So kalau mama kite cakap nak buat biskut, kite tak layan lah kan..cer mama kite cakap nak buat aiskrim..pergh berdesup kite ke dapur jadi penonton tegar mama kite.  So mama kite cakap nama biskut ni biskut aiskrim..hahhaha.  Skunk ni kite rasa macam rindu plak zaman dulu-dulu. Yelah dulu..sebut aje nak makan ape..mesti mama kite akan buatkan.. Dulu-dulu pun everytime birthday kami 7 beradik, mama kite akan buatkan kek, takdenyer nak pegi beli kat kedai ni sume.  Dari situ kite dah start belajar berdikari, belajar hidup susah.  Tapi you all nak tau fakta tak? Kek yang mama kite buat sendiri selalunya sama dan kadang-kadang lebih sedap dari kek yang kat kedai tu tau..I Love mama.  Ok dipendekkan cerita, last week kite tak berapa sihat, so tekak ni mulalah reject macam-macam makanan.  Tapi teringin plak nak makan sesuatu yang manis..but not so sweet lah..tetibe teringat pasal biskut ni..yelah biskut ni paling simple nak buat, tak perlu bake lagi.  Ni resepi turun temurun ni..




Bahan-Bahan nyer adalah :

1 Tin susu pekat manis
300 grm/ 1 kampit milo kecil/ Vico pun bley
1 packet sedang bisku marie (anggaran dalam 50 keping lah)
2 genggam kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)

P/s : Kalau korang nak lebih berkhasiar lagi boleh lah tambahkan kismis, badam ke or oat/ nestum ke..aku beli barang ikut yang mana sempat jew

Cara-Cara

Goreng kacang tanah sampai garing.  Kena goreng tanpa minyak ta. Agak-agak dah nampak coklat kehitam-hitaman tu kira dah garing lah tu.  Buang kulit kacang tanah tu. Kalau nak senang beli je kacang tanah yang dah dibuang kulit pastu goreng lagi mudah!. Ok pastu dalam mangkuk besar yang bersih, korang masukkan biskut marie yang dipatah empat tu.  pastu masuk milo/vico 1 kampit dan masuk susu.  Gaul hingga sebati kemudian masukkan kacang tanah tadi. then gaul lagi.  Dah siap, alas loyang dengan plastik, pastuk masuk kan semua adunan tadi dan cover semula dengan plastik di atas nya.  then ambik lesung batu, tumbuk-tumbuk or tekan-tekan bagi adunan tu betul-betul mampat dalam loyang.  Pastu masuk lah peti ais dan biarlah semalamam.  Esok pagi-pagi dah bley potong and makan..

Biskut ni skunk dah jadi kegemaran my husband.. nak tau tak, biskut ni dia bley habiskan dalam masa 1 hari jew..hebat tak? btw family dari Melaka pun datang hari tu melawat kite, tu yang sekelip mate je habis..tapi Alhamdulillah lah kan..walau tak dapat rasa banyak janji tekak ni dapat menerima ..I love it!

9 January 2014

Wellcome 2014


I dont want to tell you my wish
Just enough if all I can say is " Cukuplah Allah bagiku"
Coz only Him knew what the best for me
Only Him knew what actually I wanted and needed
The important things is only Him knew the way

I love Allah and Islam is my way of life!








 Nasir Bin Hassan + Jamilah Binti Mail

1. Mohd. Nazri Bin Nasir

2. Nardiah Binti Nasir + Mohd. Zudaidi Bin Yaacob + Mohd. Zafran Al-Amin

3. Narduah Binti Nasir + Razali Bin Ali

4. Mohd. Najib Bin Nasir + Nur Huda Daniel + Nur Damia Batrisyah

5. Mohd Haniff Bin Nasir

6. Mohd. Hakim Bin Nasir

7. Ahmad Nabil Bin Nasir



Allah, please protect my family... bless us with your Rahman & Rahim.  Thanks for giving me the chance to live with this great family mambers..and only You know how deep I love them..   :)