Adds BY Nuffnang

30 January 2014

Mengidam Nak Makan Pepatah/Pepahat

lately malas sungguh aku nak update blog..macam-macam masalah yang terpaksa difikirkan .  Kadang-kadang jiwa ini rasa give up dan otak ku penat berfikir..kadang-kadang timbul keinginan untuk rest in peace..well itulah kita manusia biasa, tak pernah sempurna, tak pernah kuat menghadapi dugaan yang diturunkan Allah.  Dalam keadaan serabut itu, sebenarnya pelbagai keinginan yang timbul..aku cuba mencari sinar di celah-celah awan yang mendung.  Penat kaki ini berjalan, sekiranya tidak mampu untuk melangkah lagi, akan ku paksa ia merangkak pula...itulah realiti kehidupan..
 Hari tu pulang dari kerja dalam keadaan serabut.  amarah ku ini masih belum boleh dipadamkan..bukan niat ku menderhaka, tetapi inginkan kehidupan yang sempurna..lantas  masuk ke kereta.  melihat wajah suami, aku masih belum boleh tenteram.  Tetapi si suami cool je, "ermm.. jom makan pepatah" kata suami ku perlahan sambil tersenyum memandang aku yang sedang menahan marah.  Ok, thats it, hanya bila diajak berjalan je boleh mencairkan batu kemarahan ku ini.  Hanya suami ku je yang tahu caranya..hahahhaha..dengan pantas aku mengukir senyuman lebar.."Ok!" jawabku ringkas.  aku pun pelik kenapa cepat sangat hati ku cair..bengong!  So kami terus menuju ke pantai bagan lalang..dalam keadaan dua-dua orang pun tak tahu jalan, kami hanya berpandukan sign board je.  Tapi apa yang membina semula kemarahan ku ini adalah kerana, sign board dia teramatlah tidak membantu.  Berapa kali kami kena berhenti tanya orang. Hampir 2 jam perjalanan baru lah kami sampai..memang aku dah lama teringin nak makan pepatah ni.  Seumur hidup aku ini baru first time aku nak makan..sampai je dah dekat maghrib, aku ajak suami makan dulu, tapi suami plak kata nak hirup udara pantai dulu plak..


 
So lepas menghirup angin pantai, kami pun terus jalan kaki je pi kedai makan..terus ku order Pepatah masak chili" sebagai menu utama.  Suami ku plak order menu biasa dia telur dadar dan sup kosong.



Inilah kedai makan pilihan kami
Erkk Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak merasa pepatah ni. Dalam hati ni memuji masakan tukang masak di restoran tersebut. sedap sangat...semua sekali harga yang perlu di bayar adalah RM24.80 termasuk air nescafe ais, air limau suam dan 2 pinggan nasi putih..so kami bergerak balik ke putrajaya.  On the way balik tu, boy plak tepon cakap nak datang rumah.  aku dan suami memang rindu sangat dengan Damia, my niece..So, bila dengar je boy, huda, dan Damia nak datang rumah, suamiku terus mamandu laju. and thats it, 45 minit je kami dah sampai rumah...so happy lah kami dapat jumpa Damia kesayangan kami...Alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment