Adds BY Nuffnang

6 February 2014

KERANA DIA ISTERI KU (PART 1)

Mawar tercungap-cungap berlari ke sana kemari sambil menjerit-jerit meminta pertolongan.  Baju kurung nya lencun di basahai peluh akibat penat berlari di bawah teriknya mentari. Suasana di Klinik Desa Kg. Aman tiba-tiba gamat dengan kehadiran  Mawar ke klinik tersebut.  Seorang jururawat segera mendapatkan Mawar yang sedang tercungap-cungap menahan penat.
"Kenapa ni Cik?" Jururawat memegang bahu Mawar.
"Tolong..ayah saya sesak nafas di rumah..tolong pergi rawat ayah.." Mawar tak sempat menghabiskan ayatnya akibat masih tercungap-cungap.
Seorang doktor wanita segera menerpa Mawar...
"Ok, mari kita pergi sekarang! Cik ikut kami ye, kita naik ambulan untuk ke rumah cik.."  Doktor wanita tersebut memandang tepat ke wajah Mawar.
Mawar mengangguk perlahan..
Jururawat segera melangkah mengambil segala kelengkapan rawatan..dengan pantas Mawar menaiki ambulan yang telah pun dipanaskan enjinnya..siren pun telah dibunyikan dengan kuat.
"Kat mana rumah Cik?"
tanya doktor wanita itu perlahan tatkala melihat Mawar telah mengambil tempat di kerusi penumpang.
"Kg. Jawa, ermmm lebih kurang 5 kilometer daripada sini"
Terlopong mulut doktor dan jururawat tersebut mendengar jawapan Mawar
""Maknanya cik berlari sejauh 5 kilometer untuk ke klinik ni?" jururawat tersebut meminta kepastian.
Mawar menganguk perlahan.
Deringan bunyi ambulan menambat perhatian seluruh warga Kg. Jawa.  Masing-masing berpusu-pusu ke rumah Mak Milah dan Pak Lang.
Kelihatan Mak Milah muncul di muka pintu rumah yang hampir usang.  Hanya rumah tua tersebutlah yang menjadi tempat meraka anak- beranak berteduh selepas Pak Lang menjual kesemua tanahnya.  Mak Milah sedar ramai orang kampung yang membuat tomahan kepada mereka sekeluarga..yelah mana taknya, selalunya selepas jual tanah, orang akan kaya-raya, ini usahkan kata nak pergi Haji, nak beli rumah besar pun tak mampu.  Ada juga orang kampung yang memulaukan mereka dengan berkata "tulah agaknya tuhan nak ambil semula hartanya sebab dosa-dosa yang pernah dilakukan"
Mak Milah cuma memendam perasaan nya sahaja.  Tidak sedikitpun dia mengendahkan tomahan orang sekelilingnya.  Bagi dirinya, Pak Lang adalah suami yang amat dicintainya, dia faham dan tahu ke mana hala tuju segala hartanya.
"Mak, ayah macam mana?" Mak Milah terkejut dengan terpaan Mawar
"ada..ada kat dalam..makin teruk"
Mawar segera menarik lengan baju doktor menuju ke bilik kecil di dalam rumah usang tersebut.
Kelihatan Pak lang terbaring lemah di atas sehelai tikar mengkuang. dadanya turun naik mengambarkan dirinya sedang cuba untuk bernafas.  Doktor segera menjalankan tugasnya..oksigen dipasang agar membantu Pak Lang untuk bernafas..mata hitam Pak Lang tidak kelihatan lagi..
Air mata Mawar dan Mak Milah berjujuran dengan lajunya..perlahan-lahan bibir Mak Milah menghampiri cuping telinga Pak Lang
" Bang...mengucap bang..." Kalimah syahadah dialun dengan sayu seiring dengan linangan air mata..Pak Lang menuruti dengan suara yang amat perlahan..dihujung kalimah tersebut..Pak lang kelihatan menutup matanya dengan tenang..Mawar memeluk irat tubuh ayahnya yang terbujur kaku.
"Ayah!! jangan tinggalkan Mawar ayah..."
Mak Milah memaut tubur Mawar yang kecil itu.  Dia faham perasaan anak gadis nya yang baru berumur 17 tahun itu.  Mak Milah turur menangis.
"Sudah lah Mawar...relakan ayah pergi ye nak." rambut Mawar yang ikal mayang di usap perlahan.  Orang-orang kampung hanya memerhati dengan rasa simpati..doktor segera mengemaskan peralatannya sambil dibantu jururawat.  bebarapa orang datang membantu menguruskan urusan pengebumian Pak Lang.  Menjelang senja Mak Milah dan Mawar bertungkus lumus memasak untuk kenduri doa tahlil untuk arwah. Selesai sahaja kenduri tahlil untuk arwah, Mawar mengambil tempat di sisi ibunya yang sedang duduk bersandar di tepi dinding yang hampir reput. Diusapnya wajah Mak Milah yang  kepenatan ..tanpa disedari, air matanya tiba-tiba mengalir membasahi pipinya yang gebu.  Kepalanya dilentok ke bahu Mak Milah..
"Mak..apa agaknya nasib kita lepas ni,  lepas ketiadaan ayah ye mak?" Mak Milah menoleh ke arah Mawar
"jangan begitu nak..selagi ada nyawa mak..mak akan terus menjaga Mawar.  Mawar jangan susah hati ya" suara Mak Milah perlahan diiringi dengan esak tangis mereka berdua.



No comments:

Post a Comment