Adds BY Nuffnang

27 December 2013

LETS WORKOUT!

24 hb 12 hari tu I  got a called from Kak Zah..tak tau mimpi ape entah, tetibe dia menghasut aku keluar jogging on 25th..mule-mule aku ingat dia saje nak perli akan kebengkakkan badanku..haha tapi dia kata dia betul-betul serius nak ajak aku berjogging..dia kate saje bosan duk umah je..so..aku call husband aku mintak izin dari dia, yelah kan takutlah kang aku kate OK kan husband aku plak ade plan nak pegi tempat len..alkisahnye aku memang lame dah tak kuar dengan Kak Zah, dulu masa bujang selalu gak lepak ngan dia..Husband aku kate OK so aku pun call bagi tahu dia OK, esok jogging..perghhh punyelah happy dia kan siap kate nak kejut aku pukul 7 pagi lagi...  Then pagi 25th tu aku pun bersiap-siap pi amik Kak Zah kat umahnye..mula-mula ingat nak jogging tepi tasik, tapi bosan le pulak asik tengok pemandangan tasik, so aku bagi idea untuk jogging kat kat bukit depan umah aku je, senang sikit..pemandangan pun lawa..

Bersemangat aku nak jogging tau

Cantikkan...



Cantik kan view kat sini

Hah aku tgh menyapu peluh yang meleleh

Inilah Kak Zah...masih singgle and available tau...try ar ngorat
alkisahnye penuhlah secawan peluh aku yang kuar...berbaloi gak kan dari tak kuar lansung.  anyway bukit ni lah tempat actress Rozita Che Wan dan Zain Saidin amik gambar untuk pre wedding mereka..habat tak??

WeekEnd Activity...

Everytime weekend I will felt so bored..other than sleep all day long, all I can do is watching TV..waiting for my hubby back from work..but last week, I got an idea..berjimba with my friends Mona, Bell and Hajar..Alhamdulillah the program that we had been planned the day before run smoothly.  We felt so enjoy..as all of them wish me to baked a cake.  Ok let them choose the cake..and me myself baked it! So taraaa....!! here is the picture of the activity...

This is Tiramitsu Cheese Cake

Alhamdulillah..all my friends love it!

I only bake 2 types Red velvet Cheese cake and Tiramitsu Cheese cake



look! how busy we are..

Daniel..my friend's son..after baking, we enjoy swimming together..

9 December 2013

MENGAPA??


Mengapa aku kerap kali mencari alasan??
Bukan kah sepatutnya aku memikirkan jalan penyelesaian??
Mengapa aku takut akan hebahan kenyataan?
Sedangkan itulah yang benar...
Adakah aku takut akan pepatah mungkin akan dilongtarkan??
"Hangat-hangat tahi ayam"??
padahal itulah aku...
sifat malas menguasai diri
takut pun ada tetapi semangat ku menjadi dindingnya
akan ku teruskan perjuangan suatu hari nanti
bila masa yang sesuai kian menjelang
pada masa itu kan ku siapkan diri ini dengan kestabilan
agar tiada lagi alasan dapat ku cipta di kemudian hari
besabarlah duhai hati....

Aku rindu saat itu..
namun diri ini tiada kekuatan buat sementara ini
masa yang suntuk, ruangan untuk ku berfikir
masih ada yang perlu perhatian ku
dan ku lepaskan semua
bukan untuk selama-lamanya
hanya sementara cuma
dan aku yakin aku akan bangkit semula
apabila tiba masanya
aku yakin..aku akan kuat semula
walaupun usia menjangkau tua
akan ku melangkah ke arah itu
bersama-sama semua yang aku sayangi

Mungkin hari ini bukan hari ku
tak mengapalah kawan..kau pergi dulu
akan ku menyusul kemudian di belakangmu
walaupun tertinggal jauh, akan ku cuba berlari mengejarmu
namun mungkin dalam jalan yang berbeza
bergantung kepada arah dan minat masing-masing
InsyaAllah..Amin..

 

6 December 2013

MASIH ADA YANG LEBIH PERLU...

Semalam aku melihat diriku susah
sambil otak ku berputar ligat merancang apa yang perlu dibeli semasa hari gaji nanti
nak beli handphone, bayar bil astro, bayar bil cross trainer, bil api dan air
nak beli beras yang mahal (tajmahal) RM 50 untuk 5 kg
Aku melihat sekeliling rumahku..otak masih berputar ligat memikirkan apa yang kurang
nak beli cat rumah, nak beli carpet sebab tumit kakimu mula pecah dek kerana asik memijak lantai yang sejuk
Melayari internet, masih ligat memikirkan bahan-bahan yang akan dibeli untu membuat resepi
cheese cake, ayam panggang, lamb chop..

Kebosanan mula melanda apabila suamiku keluar rumah kerana ingin berjumpa kawannya..
lantas aku menghampaskan diri ke sofa, terbaring malas selepas selesai menjamah makan malam
2 biji telur di buat sambal dan 2 ekor ikan caru digoreng.
Tangan ku mula menekan remote mencari siaran yang menarik
Suddenly aku terhenti pada siaran "Bersamamu" di TV3 jam 9.30 malam.

Aku tersentak, hati ku tersentap seolah-olah rancangan tu cuba memerli aku
Mengisahkan sebuah keluarga yang sangat susah di mana suami tidak bekerja dan si isteri hanya bekerja sebagai cleaner di rumah orang.  Mereka perlu menyara 3 orang anak yang masih kecil.
Si suami tak bekerja tetap kerana masalah kesihatan, namu setiap hari akan pergi mengutip barangan lusuh/terpakai bersama 3 orang anaknya yang masih kecil.
Si suami juga perlu mendapatkan bekalan ubat kerana menghidap pelbagai jenis penyakit..
bergenang air mataku apabila si isteri memberi tahu walaupun dalam hujan atau ditengah malam pun, si suami tetap akan keluar rumah untuk mencari barangan terpakai.  Purata pendapatan yang biasa diperoleh hasil jualan barangan terpakai tersebut, mereka akan perolehi sekitar RM 30 ke RM 40 seminggu.

Anak sulung keluarga tersebut yang baru berusia 8 tahun di hantar ke Tahfiz bagi menuntut ilmu akhirat yang kekal abadi.  Si isteri ada meluahkan perasaannya kenapa dia menghantar anak nya ke Tahfiz..katanya kepada anaknya "Bukan harta dan wang ringgit yang mak mahu..cukuplah sekadar doa untuk mak dan ayah"
Allahhuakbar..aku berasa sangat malu..aku melihat diriku susah, tetapi ada orang yang lagi susah dan lebih memerlukan.
Lantas hati ini mula bertanya-tanya, sepanjang aku berfikir ke mana wang gaji ku akan dibelanjakan..adekah aku masukkan amalan sedekah sebagai part of that?.. Agstarfirullah..ampunkan hambamu ini Ya Allah..aku leka dan lalai dalam menunaikan amalan.  aku hanya leka dan tertarik pada kemewahan dunia, tanpa memikirkan kemewahan yang dijanjikan di akhirat yang kekal abadi..

Aku terus menonton rancangan tu,  di bawa pula ke Maahad Tahfiz tempat anak sulungnya belajar..keadaan sekolan tersebut serba daif..namu dihuni dengan puluhan pelajar yang datang dari latar belakang yang miskin.  aku tengok aktiviti harian mereka mengaji dan mehafal Al-Quran..sekali lagi aku terkedu, bertanya pada diri..sudah berapa lama aku tak mebaca Al-Quran..Ya Allah...ku lihat muka penghuni2 syurga yang comel dan masih kecil itu, seperti ada nur di wajah mereka..tetiba rasa sayang ini mujud di hati ku.   Aku melihat mereka seperti anak-anak ku sendiri..apa yang sedang aku lakukan di sini sedangkan mereka dalam keadaan susah di sana??.  Tangan ku pantas mengambil pen dan menyalin butir-butir akaun untuk membantu mereka di sana.  Niatku ikhlas..aku ingin anak-anak ku di sana mendapat faedah seperti seorang ibu yang membeli kan anak-anak nya barang makanan atau mainan setiap kali hari gaji.  Cuma yang lainnya ialah biarlah mereka tidak mengenali aku, namun kasih sayang kepada mereka akan terus tumbuh dalam hati ini..InsyaAllah..

3 December 2013

Zafran's Birthday Party..


 Hye..saje je aku nak story pasal birthday party my bucuks Zafran.. si kecil yang bijak dan comel.  Huhu kalau lawan cakap ngan dia mesti ko nangis ye..anak buah aku ni, kalau cakap ape2 mesti buat korang befikir panjang...ditambah dengan senyuman yang manis, dan suara nya yang comel..huhu bley buat aku rindu gile kat dia everytime tak balik kampung.  Walau umur dia baru 3 tahun, tapi kepetahan dia mengalahkan budak umur 6 tahun.. and last year aku baru dapat sorang lagi anak buah, namenye Damia Batrisyah..so skunk dah ade 2 orang dah, tapi tak tahulah kalau yang second ni membesar macam abangnye, alamatnye penuh lah gelak tawa hari2 kalau jumpa..hahhaa.  Ok, event untuk Birthday Party ni kami wat kat Wana Riverside Hotel, Melaka.  Alhamdulillah..service kat situ sangat best dan makanan nye pun enak-enak..so layan lew gambar kiter yer..



















Lagi-Lagi LegoLand...enjoyss..muahhss

Assalamualaikum..

Ohooooiii hoi...saje nak kongsi cerita about my second visit ke Legoland..hu banyak juga permainan baru tau kat sane..anyway aku rasa agak bosan lah sebab dah pernah men semua permainan kat situ, tapi anak buah aku dan kakak ku tak pulak bosan..diaorg lagi bertambah excited..lebih2 lagi si kecik Zafran tu..adoyyaii berlari sini-sana.. yang tukang kejarnye sape lagi kalau bukan aku..hahha.  At last nak bagi dia diam, kami bagi dia rasa nek kuda sorang-sorang.  Ingatkan dia akan menangis, tapi tak..dia lagi happy adelah..haha.  Ok lets layan my picture ni eh..