Adds BY Nuffnang

26 February 2014

Shopping with A Guy..

Seriously i hate when have to go shopping with a guy... either he is my husband, my brother, my father or even my friends..seriously they all had the same habit..urgghhh!!! the same words will automatically came out from his mouth ..

1.  " why so long..we dont have a time"

2. " awak ni ambil jelah..lama sangat nak pilih"

3. "Tak payah belilah...membazir je.." ok even you know that u really need the thing, they will say u are wasting the money

4. when u try cloth or whatever..and ask his opinion on how do u looks like, he wil say.."errrmmm..entah.."  "errmm...tak tahulah" or "cantikkkk..." even when they are not looking at you..argghh tension

Ok, I admit..as a women, of coz lah sebelum beli tu kita kena survey kan kedai mana yang product dia paling lawa dan harga yang berpatutan..but they all dont understand..last night i went to uptown Cheras to buy some shirts..cant you imagine before entering the uptown main door, he had warning me.."Ok awak pilih cepat-cepat pastu kita balik cepat, i nak tengok bola" "Nampak je baju yang awak nak..terus beli tak payah pusing-pusing lagi..penatkan kaki je"
alahai..u tak bad mood ke kalau camtu..ini namanya shopping express!! ok kalau dia kata nak balik awal pasal esok keje, takut penat ke..I can accept..but when he said..just for watching the football match..I really2 hate it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok..so..with a realy2 bad mood, I just grab anything that I want..you nak shopping laju2 kan..so let me show u..we spent about 300 last night.  After shopping we decide to had a drink first before came home. When I open my wallet, " Oh no..I dont have a money anymore.., ermm maybe we have to find nearest ATM" Ha looked at me with innocent face.."I allready know it" so put out his wallet and pay all the bills..
sitting beside me and APALAGIIII..starts his lecture session..

" Ok..pa kan dah cakap beli yang perlu je..nanti papa gaji, papa top up lah ape yang perlu..ni tak semua pun awak nak beli hari ni" Pastu kuar duit selalu kuar sikit2 tapi berbelanja ikut nafsu...next time fikir dulu ape yang nak beli, buat senarai, jangan main sambar je...cube bijak sikit bila berbelanja  and bla...bla..bla..."

seeee....last-last i yang kena balik..hadui-hadui..:-(

24 February 2014

Pasta Bebola Daging


Inilah cerita hari minggu kami yang lepas.  anyway aku start makan Pasta beefball ni pun masa mengunjungi rumah kawan ku Hajarah.  Masa makan kat rumah dia tu teringat plak kat Husband..teringin nak buat untuk dia pulak..yelah bila balik citer ngan dia, risau plak hubby aku tu telan air liur je...ksian dia.  So balik dari rumah Hajarah tu, aku takdelah cite ape2..just masuk bilik terus tido..so pagi esoknyer dia tanya "awak makan ape malam tadi?" just jongket2 bahu je..aku tak jawap pun soalan dia...pada hal dalam hati ni excited nak citer ngan dia betapa enaknyer rasa beefball tersebut..so semalam aku mendapat peluang..yelah before this asik busy dengan weekend activity. So..after sarapan kami terus berkejaran ke Mydin.  Cari punyer carik tak jumpa beefball.  so aku pun pangjangkan langkah ke Alamanda plak..jumpalah beefball jenama AZMY..so bermula lah sesi masak memasak di rumah kami..
Pasta Beef Ball

Amacam..nampak lazat tak??

inilah hubby ku yang berselera makan

beef ball, sayur and kuah lada hitam

Ok nak resepi eh...

Untuk sos lada hitam yang sangat gravy..dan marvaelous..

Bahan-bahan:

2 sudu marjerin
1 biji bawang holand dipotong dadu
beberapa ketul cendawan butang dihiris nipis
2 sudu brown sos dibansuh dengan 2 gelas air panas
1 sudu lada hitam
2 ulas bawang putih
2 sudu sos lada hitam 

Cara-cara

Tumbuk lumat bawang putih dan lada hitam. Panaskan marjerin dalam periuk.  Tumiskan bawang holand yang telah didadu dan bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.  Biarkan sampai naik bau, kemudian masukkan cendawan butang.  Kacau rata kemudian masukkan bancuhan  brown sos.  Tambahkan sos lada hitam kemudian kacau hingga pekat. No need "perasa/garam" hokey..

Mash Potato

2 Biji kentang yang telah direbus
Air Panas
1 sudu mustard
* kacau dan lenyek-lenyek kan sampai halus

Ok aku nak bagi petua sikit..masa nak rebus kentang tu, letak kan 1 slice cheesdale ke dalam air rebusan tersebut bagi menhilangkan rasa pahit.  Ok, aku rebus kentang  sekali dengan carrot..sebab nak senangkan keje kan..lepas angkat carrot dan kentang tersebut yang telah empuk, aku masukkan pulak sayur brocoli dalam air rebusan yang sama.  Tapi sayur brocoli aku tak rebus lama, lebih kurang dalam 3 minit je, aku terus angkat dan toskan..Then hidangkanlah..Alhamdulillah, mula-mula ingat hubby tak suka masakan western ni, tapi bila tengok dia bertambah masa makan..huh lega...





6 February 2014

KERANA DIA ISTERI KU (PART 1)

Mawar tercungap-cungap berlari ke sana kemari sambil menjerit-jerit meminta pertolongan.  Baju kurung nya lencun di basahai peluh akibat penat berlari di bawah teriknya mentari. Suasana di Klinik Desa Kg. Aman tiba-tiba gamat dengan kehadiran  Mawar ke klinik tersebut.  Seorang jururawat segera mendapatkan Mawar yang sedang tercungap-cungap menahan penat.
"Kenapa ni Cik?" Jururawat memegang bahu Mawar.
"Tolong..ayah saya sesak nafas di rumah..tolong pergi rawat ayah.." Mawar tak sempat menghabiskan ayatnya akibat masih tercungap-cungap.
Seorang doktor wanita segera menerpa Mawar...
"Ok, mari kita pergi sekarang! Cik ikut kami ye, kita naik ambulan untuk ke rumah cik.."  Doktor wanita tersebut memandang tepat ke wajah Mawar.
Mawar mengangguk perlahan..
Jururawat segera melangkah mengambil segala kelengkapan rawatan..dengan pantas Mawar menaiki ambulan yang telah pun dipanaskan enjinnya..siren pun telah dibunyikan dengan kuat.
"Kat mana rumah Cik?"
tanya doktor wanita itu perlahan tatkala melihat Mawar telah mengambil tempat di kerusi penumpang.
"Kg. Jawa, ermmm lebih kurang 5 kilometer daripada sini"
Terlopong mulut doktor dan jururawat tersebut mendengar jawapan Mawar
""Maknanya cik berlari sejauh 5 kilometer untuk ke klinik ni?" jururawat tersebut meminta kepastian.
Mawar menganguk perlahan.
Deringan bunyi ambulan menambat perhatian seluruh warga Kg. Jawa.  Masing-masing berpusu-pusu ke rumah Mak Milah dan Pak Lang.
Kelihatan Mak Milah muncul di muka pintu rumah yang hampir usang.  Hanya rumah tua tersebutlah yang menjadi tempat meraka anak- beranak berteduh selepas Pak Lang menjual kesemua tanahnya.  Mak Milah sedar ramai orang kampung yang membuat tomahan kepada mereka sekeluarga..yelah mana taknya, selalunya selepas jual tanah, orang akan kaya-raya, ini usahkan kata nak pergi Haji, nak beli rumah besar pun tak mampu.  Ada juga orang kampung yang memulaukan mereka dengan berkata "tulah agaknya tuhan nak ambil semula hartanya sebab dosa-dosa yang pernah dilakukan"
Mak Milah cuma memendam perasaan nya sahaja.  Tidak sedikitpun dia mengendahkan tomahan orang sekelilingnya.  Bagi dirinya, Pak Lang adalah suami yang amat dicintainya, dia faham dan tahu ke mana hala tuju segala hartanya.
"Mak, ayah macam mana?" Mak Milah terkejut dengan terpaan Mawar
"ada..ada kat dalam..makin teruk"
Mawar segera menarik lengan baju doktor menuju ke bilik kecil di dalam rumah usang tersebut.
Kelihatan Pak lang terbaring lemah di atas sehelai tikar mengkuang. dadanya turun naik mengambarkan dirinya sedang cuba untuk bernafas.  Doktor segera menjalankan tugasnya..oksigen dipasang agar membantu Pak Lang untuk bernafas..mata hitam Pak Lang tidak kelihatan lagi..
Air mata Mawar dan Mak Milah berjujuran dengan lajunya..perlahan-lahan bibir Mak Milah menghampiri cuping telinga Pak Lang
" Bang...mengucap bang..." Kalimah syahadah dialun dengan sayu seiring dengan linangan air mata..Pak Lang menuruti dengan suara yang amat perlahan..dihujung kalimah tersebut..Pak lang kelihatan menutup matanya dengan tenang..Mawar memeluk irat tubuh ayahnya yang terbujur kaku.
"Ayah!! jangan tinggalkan Mawar ayah..."
Mak Milah memaut tubur Mawar yang kecil itu.  Dia faham perasaan anak gadis nya yang baru berumur 17 tahun itu.  Mak Milah turur menangis.
"Sudah lah Mawar...relakan ayah pergi ye nak." rambut Mawar yang ikal mayang di usap perlahan.  Orang-orang kampung hanya memerhati dengan rasa simpati..doktor segera mengemaskan peralatannya sambil dibantu jururawat.  bebarapa orang datang membantu menguruskan urusan pengebumian Pak Lang.  Menjelang senja Mak Milah dan Mawar bertungkus lumus memasak untuk kenduri doa tahlil untuk arwah. Selesai sahaja kenduri tahlil untuk arwah, Mawar mengambil tempat di sisi ibunya yang sedang duduk bersandar di tepi dinding yang hampir reput. Diusapnya wajah Mak Milah yang  kepenatan ..tanpa disedari, air matanya tiba-tiba mengalir membasahi pipinya yang gebu.  Kepalanya dilentok ke bahu Mak Milah..
"Mak..apa agaknya nasib kita lepas ni,  lepas ketiadaan ayah ye mak?" Mak Milah menoleh ke arah Mawar
"jangan begitu nak..selagi ada nyawa mak..mak akan terus menjaga Mawar.  Mawar jangan susah hati ya" suara Mak Milah perlahan diiringi dengan esak tangis mereka berdua.