Adds BY Nuffnang

10 July 2014

Ramadhan 2014


Assalammualaikum..lama aku tak menjengah ke blog ni. almaklumlah kekadang kesihatn tidak mengizinkan aku berceloteh dengan panjang.  Selepas keguguran kali ke-3..aku banyak mendiamkan diri.  Mungkin aku masih trauma dengan apa yang berlaku..sedih memang sedih.  Malah sukar untuk aku terima ketentuan itu pada mulanya.  Lama kelamaan aku makin redha..mungkin dah memang bukan rezeki kami.  Apa yang dirisaukan skunk ialah kesihatan aku makin worst.  Dah 13 hari aku period tak henti2..badan sakit2..aku belum sempat menunaikan puasa 1 hari pun..sedih nye dan hiba nye perasaan ku ini hanya Allah yang tahu.  Setiap kali masa org azan Maghrib, aku hanya mampu menahan sebak..sesungguhnya aku ingin sangat berpuasa dan menunaikan solat terawih berjemaah. Rasa rindu aku untuk baca Al-quran semakin membuak2.,sedihnya aku tengok Al-Quran yang hanya terletak di dalam almari..takde sape nak bace..Ya Allah..
Ramadhan tahun ni juga paling suram aku rasa..2 adik ku , boy dan akim tak dapat cuti dan beraya di Melaka.  abangku pun sama..masing2 kena kerja pada hari raya pertama..mama pun sama pun mengambil keputusan untuk kerja pada hari raya pertama.  apa yang aku kesiankan skunk ialah keadaan 2 lagi adik ku yang sepatutnya bergembira pada hari syawal..kesian mereka..Tahun ni giliran aku beraya di rumah mertua di JB.  Kesian pulak bila fikirkan hanya 2 adik ku dan ayah ku sahaja yang ade di rumah pada syawal yang pertama.  Kakak ku pun kena balik rumah mertua pada hari raya yang pertama..so this coming syawal...soo tak best!..huhu sedihnye..
Teringat zaman aku budak2 dulu..syawal lah paling kami nanti.  Bersemangat puasa dan bersemangat kami nak beraya.  Parents aku plak mmg suka beli baju raya untuk kami last minute! kadang2 2 hari nak raya baru kami pergi shopping 1 keluarga.  Bukan jauh pun selalu kami shopping baju raya kat pekan merlimau je.  so berjalan lah kami 1 keluarga malam2 lepas berbuka ke pekan merlimau.  Dulu takde transport. Haihss kenangan manis waktu tu..kami akan balik ke kampung belah papa dulu pagi raya tu.. Mama awal2 dah charte taksi Uncle Panjang so hantar kami ke Banda kaba.  Sampai je sane..kami akan berjalan kaki dengan sepupu2 untuk ke kubur..alahai seronoknya..

Tapi tahun ni...:(

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete