Adds BY Nuffnang

6 December 2013

MASIH ADA YANG LEBIH PERLU...

Semalam aku melihat diriku susah
sambil otak ku berputar ligat merancang apa yang perlu dibeli semasa hari gaji nanti
nak beli handphone, bayar bil astro, bayar bil cross trainer, bil api dan air
nak beli beras yang mahal (tajmahal) RM 50 untuk 5 kg
Aku melihat sekeliling rumahku..otak masih berputar ligat memikirkan apa yang kurang
nak beli cat rumah, nak beli carpet sebab tumit kakimu mula pecah dek kerana asik memijak lantai yang sejuk
Melayari internet, masih ligat memikirkan bahan-bahan yang akan dibeli untu membuat resepi
cheese cake, ayam panggang, lamb chop..

Kebosanan mula melanda apabila suamiku keluar rumah kerana ingin berjumpa kawannya..
lantas aku menghampaskan diri ke sofa, terbaring malas selepas selesai menjamah makan malam
2 biji telur di buat sambal dan 2 ekor ikan caru digoreng.
Tangan ku mula menekan remote mencari siaran yang menarik
Suddenly aku terhenti pada siaran "Bersamamu" di TV3 jam 9.30 malam.

Aku tersentak, hati ku tersentap seolah-olah rancangan tu cuba memerli aku
Mengisahkan sebuah keluarga yang sangat susah di mana suami tidak bekerja dan si isteri hanya bekerja sebagai cleaner di rumah orang.  Mereka perlu menyara 3 orang anak yang masih kecil.
Si suami tak bekerja tetap kerana masalah kesihatan, namu setiap hari akan pergi mengutip barangan lusuh/terpakai bersama 3 orang anaknya yang masih kecil.
Si suami juga perlu mendapatkan bekalan ubat kerana menghidap pelbagai jenis penyakit..
bergenang air mataku apabila si isteri memberi tahu walaupun dalam hujan atau ditengah malam pun, si suami tetap akan keluar rumah untuk mencari barangan terpakai.  Purata pendapatan yang biasa diperoleh hasil jualan barangan terpakai tersebut, mereka akan perolehi sekitar RM 30 ke RM 40 seminggu.

Anak sulung keluarga tersebut yang baru berusia 8 tahun di hantar ke Tahfiz bagi menuntut ilmu akhirat yang kekal abadi.  Si isteri ada meluahkan perasaannya kenapa dia menghantar anak nya ke Tahfiz..katanya kepada anaknya "Bukan harta dan wang ringgit yang mak mahu..cukuplah sekadar doa untuk mak dan ayah"
Allahhuakbar..aku berasa sangat malu..aku melihat diriku susah, tetapi ada orang yang lagi susah dan lebih memerlukan.
Lantas hati ini mula bertanya-tanya, sepanjang aku berfikir ke mana wang gaji ku akan dibelanjakan..adekah aku masukkan amalan sedekah sebagai part of that?.. Agstarfirullah..ampunkan hambamu ini Ya Allah..aku leka dan lalai dalam menunaikan amalan.  aku hanya leka dan tertarik pada kemewahan dunia, tanpa memikirkan kemewahan yang dijanjikan di akhirat yang kekal abadi..

Aku terus menonton rancangan tu,  di bawa pula ke Maahad Tahfiz tempat anak sulungnya belajar..keadaan sekolan tersebut serba daif..namu dihuni dengan puluhan pelajar yang datang dari latar belakang yang miskin.  aku tengok aktiviti harian mereka mengaji dan mehafal Al-Quran..sekali lagi aku terkedu, bertanya pada diri..sudah berapa lama aku tak mebaca Al-Quran..Ya Allah...ku lihat muka penghuni2 syurga yang comel dan masih kecil itu, seperti ada nur di wajah mereka..tetiba rasa sayang ini mujud di hati ku.   Aku melihat mereka seperti anak-anak ku sendiri..apa yang sedang aku lakukan di sini sedangkan mereka dalam keadaan susah di sana??.  Tangan ku pantas mengambil pen dan menyalin butir-butir akaun untuk membantu mereka di sana.  Niatku ikhlas..aku ingin anak-anak ku di sana mendapat faedah seperti seorang ibu yang membeli kan anak-anak nya barang makanan atau mainan setiap kali hari gaji.  Cuma yang lainnya ialah biarlah mereka tidak mengenali aku, namun kasih sayang kepada mereka akan terus tumbuh dalam hati ini..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment