Adds BY Nuffnang

21 January 2013

Welcome 2013...Goodbye 2012


Dear alls,

Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucap "Selamat Tahun Baru 2013" pada korang semua kan...Tapi kalau terlewat pun...aku peduli ape, aku nak wish jugak!. Mengimbsu kenangan 2012 banyak betul dugaan, kenangan pahit manis dan kesalahan dan juga kebaikan yang kita telah lakukan samada secara sedar atau tidak...hurm.  Semakin hari umur semakin meningkat,  semakin hari semakin banyak pahala/dosa yang bertambah di dalam akaun hidup kita.  Mampukah kita menebus segala kesilapan kita yang lalu? WallwahuAlam.... for me 2012 juga memberi dugaan dalam hidup aku suami isteri, 2012 juga telah membuktikan I'm married the rigt man. Bulan Mac yang lepas, aku keguguran..what a very sad thing happen in my life!  aku rasa down sangat masa tu...aku lebih suka bersendiri..takde mood, berpantang pun nak tak nak je.  lepas keluar dari bilik doctor tu aku duduk atas wheel chair.. sampai kat luar bilik doctor  masa tu pukul 3.00 pagi.  Suamiku dan mama masih setia menunggu di luar bilik kecemasan walaupun hampir pukul 3.00 pagi masa tu.  Ramai orang yg sedang menunggu, urm mungkin ahli keluarga yang sedang menunggu kelahiran Hamba Allah yang baru kot...aku tengok 2-3 orang yang bediri sebelah suami ku..mereka murung dan ada yang menangis.  Urmm.. pelik kalau ye pun cemas, janganlah sampai menangis.  Aku tanya suami ku kenapa mereka menagis dan meraung macam tu?  Suami ku cakap, baby mereka yang baru dilahirkan telah meninggal dunia.  Aku igstifar dalam hati...Rupa-rupanya bukan aku seorang sahaja yang diduga, ada lagi hamba Allah yang diduga lebih hebat dari aku.  Perlahan2 aku redha dengan apa yang berlaku...  dan kesannya aku bahagia hingga sekarang walaupun belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia dengan hidup kami sekarang.  Hidup yang sederhana.  For Me, Allah lebih mengetahui bila the right time untuk aku dan hubby menimang cahaya mata!  Sunyi? tak lah....skunk aku tengah sibukkan diri dengan study dan mengurus rumah tangga..  Suami ku cakap mungkin Allah s.w.t mahu aku lebih fokus dalam pelajaran terlebih dahulu, Allah tak kan bagi ape yang kita tak mampu lakukan.  Allah Maha Besar, Maha Penyenyang.  Dia sayang hamba2 nya,  Dia tak kan turunkan dugaan kalau kita tak mapu untuk hadapinya...
Now 2013, seperti biasa kami teruskan kehidupan kami.  Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada aku dan orang-orang yang kusayang bernafas bersama menghirup udara segar, menikmati cahaya matahari yang terang...Alhamdulillah.  Petang semalam sambil bersantai dengan hubby di rumah, terlintas pulak untuk bincang pasal Our Own House..  Mungkin target 2013 ini adalah untuk memiliki rumah sendiri.  Semoga dipermudahkanlah segalanya...Aminnn...

No comments:

Post a Comment