Adds BY Nuffnang

23 October 2012

Assalammualaikum...

Baru-baru ini aku agak pressure sikt dengan masalah-masalah yang melanda.  Dari satu masalah ke satu masalah.  Berjujuran air mata ini mengalir tiap kali selepas menunaikan solat...tak lekang bibirku memohon agar diberi kekuatan menghadapi segala masalah yang melanda diriku.  Aku redha..aku bersyukur kerana suami ku sentiasa ada di sisi dikala senang dan susah walaupun kekadang kepentingannya terabai.  Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sering berusaha buat aku tertawa bila biarpun didalam duka.  Sesungguhnya aku tak kuat tanpa dia, lebih-lebih lagi bila memandang muka kedua orang tua ku, adik-adik ku, aku rasa sebak..mereka juga seperti aku sangat rindukan along...Kami tahu along tak salah!..Kami kenal abang kami! Orang lain tak kenal Along! Tetiba aku rasa ada tangan yang memeluk dari belakang, bila aku toleh aku tengok suami ku.  Dia kesat air mataku.."Dah lah...tak mau nangis-nangis ni..jom kuar tenangkang fikiran"




Alkisahnya malam itu kami pun meronda-ronda tanpa hala tuju.  Dalam keta aku diam jer...dia yang banyak bercakap.  Bila tengok aku diam, dia akan cuit aku dan tanya "kenapa diam?" uiii seribu kali aku diam seribu kali tu lah dia asik betanya kenapa diam? dan seribu kali gak lah aku kena explain the same thing..! haha lawaklah suami ku ni.. lama-lama aku lupa masalah aku sebab sepanjang perjalanan dia asik suruh aku amik macam-macam gambar.  Pastu bia aku tunjuk kat dia, dia kata aku ni tak pandai jadi photographer lah..aduyyaiii...bikin panas tol lah dia nih..huhu, jom layan gambar-gambar yang aku amik malam tu...



2 comments:

  1. ur so lucky to hv an undrstandin n luvin hsb duah....frankly ..kita perlukn hsb yg sntiasa menemani kita n hadap hdup ni bersama2...sush n senang bersma...dats wht i want..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua ini suratan takdir Mona...tapi kita tak boleh terlampau seronok dan riak dengan apa yang kita miliki sekarang kerana apa yang kita miliki sekarang belum tentu jadi kekal milik kita selamanya.

      Delete