Adds BY Nuffnang

12 November 2013

MEE GORENG LANGGAR LARI..

Assalammualaikm..last weekend family belah suami ku ada datang melawat kami di rumah.  Kami dapat call dalam pukul 2 petang yang mengatakan mereka nak datang.  Alkisahnyer masa tu aku pulak baru bangun tido...hari Ahad kan..eh jangan cakap aku tak sembahyang subuh eh..aku solat subuh kol 6.00 pagi pastu sambung tido balik sampai kol 2 petang..hahaha  teruk kan?  yelah hari lain penat kerja, hari ahad je lah hari rehat kami.  Tapi jangan cakap dengan mak aku tau aku bangun tido kol 2 petang! kalau mak aku tahulah aku bangun lamabat..habislah aku kena bebel..:'(..
So nak dijadikan citer kami pun segera bangun, mandi dan siap2 nak pergi kedai.  Dalam keta tu masih lagi nak bertekak nak pergi kedai mana satu.. Aku nak pergi kedai yang jauh dan laki aku plak nak pegi kedai dekat2 je.  Ok kami memang selalu bertekak kalau bersama, tapi kalau berjauhan tahu plak rindu kan..inilah kehidupan kami berdua suami-isteri.  Esok lusa kalau dah ade anak tak tahulah camne kan..hehehe.  aku memang kalau orang nak datanmg umah, aku dah start dah kelam kabut nak pikir ape menu masakan ni.  almaklumlah, tetamu nak datang kan, kita sebagai tuan rumah ni kenalah muliakan tetamu.  Berbanding laki aku, dia ambil mudah je..asik2 suruh tapau je kat kedai.."senang" tak payah pikir...huh! macam tulah lelaki kan, tak macam perempuan banyak yang nak kena pikir..hurm..beza memang berbeza,,,
akhirnya si suami pun mengalah juga, so kami pun pergilah ke kadai yang jauh dari rumah.. beli punya beli tengok jam dah pukul 5 petang.  Cepat2 aku suh suami ku tepon keluarganya tanya dah sampai mana..risau gak takut mereka dah nak sampai, tapi kami masih di kedai.  Tapi seb baik mereka masih di rumah.
So bila sampai rumah, kami mula kan lah projek masak memasak.  Pelik plak aku tengok suami aku hari tu, sungguh rajin menolong.  Kami plan nak masak mee goreng langgar lari je dan buat sedikit cucur udang geragau confuse...  Nak tahu kenapa aku namakan mee goreng ni langgar lari?  sebab....suka hati aku lah! muahahahha!!!1so after prepare bahan-bahan mee goreng langgar lari ni, aku pun mulalah menumis.  Tapi part bila nak kacau mee dalam kuali tu, tetiba tangan ku krem pulak kan..so si suami lah yang tolong aku.  Hehe aku jadi penonton je kat belakang, dalam hati nak tergelak pun ade..ye lah, dia kacau mee tu sampai hancur.  aku tinggalkan dia jap pi solat asar, then after solat aku tengok keadaan dapurku dah lintang pukang..terkejut aku..rupanyer nilah keadaan bila suami di dapur..hahhahaa

Tengoklah habis tertumpah mee yang digoreng suami ku..hai lah sayang...





NAK RESEPI MEE GORENG LANGGAR LARI??

Bahan-Bahan

2 bungkus mee goreng (direndam dengan air panas)
3 biji tauhu goreng
sedikit daging cincang
sekit ayam cincang kecil-kecil
2 senduk cili mesin
1 biji bawang besar
5 ulas bawang butih
sedikt sayur sawi/taugeh
2 ketul fish cat dihiris nipis
1 biji tomato
sedit sos cili
sedikit kicap manis

Cara-cara nyer

tumbuk besar dan bawan putih  (jangan lumat sangat).  Lepas tumbuk tumiskan dalam kuali sehingga naik bau. Letak cili mesin daging, ayam dan fish cat dan tumis lagi sampai lembut. pastu masuk kan sedikit garam dan kemudian masuk mee kuning  yang telah direndam dengan air panas tadi.  Sebatikan mee dengan adunan cili tadi pastu masuk kan sayur.  Kemudian ambik tauhu yang digoreng tadi ramas-ramaskan ke atas mee gorang dalam kuali dan gaulkan kesemuanya.  kemudian ambil buah tomato dan potong 4 dan masukkan dam mee tadi dan gaulkan lagi. Kemudian, rasa sedikit dahulu, kalau kurang pedas, tambah sos cili.  Kalau nak lebih enak, boleh tambahkan kicap manis. Akhir sekali gaulkan kesemuanya sampai masak..dan kemudian boleh lah ngap..muahahah senang kan nak buat mee goreng langgar lari ni?? muahahhahahahah!!!
Nanti aku bagi resepi cucur udang confuse plak yer...TUNGGU...

No comments:

Post a Comment