Adds BY Nuffnang

10 September 2013

BUKU MERAH HILANG LE PULAK...

Assalammualaikum...

Hurmmmkan...., lately bonda ni mudah sangat terlupa..esok bonda ade first check up kat Klinik Presint 11.  Dah lah kad appoitment bonda lupa letak kat mana..buku merah masa bonda first pragnent pun lupe mana letaknye..haihhh, teruklah bonda ni.  Tapi bonda adalah ingat yang dalam kad appoitment tu, nurse suruh bawa buku merah yang lama. Bonda tanya kawan-kawan bonda, diaorg cakap nurse2 tu garang-garang..kalau kita tak bawa buku merah yang lama nanti kena marah! haihh..bonda dah pening dah..balik ni bonda akan paksa daddy tolong carikan dalam stor..sebab bonda tak larat lah sayang.  Bonda asik rasa macam nak tidur je selalu.  Nak dengar cerita tak, kelmarin mak long datang...Mak long tu kakak kepada daddy..Mak Long bawa Aliya dengan Irfan nak mandi swimming pool..pastu kami pergilah ke kompleks kejiranan Presint 11 kat situ.  Bonda senyum je bila dady cakap nak ajar baby swimming bila umur baby 1 tahun nanti..InsyaAllah..mungkin daddy cakap macam tu sebab daddy tengok ramai baby yang parents diaorg dah start dah ajar berenang.. Bonda perasan juga daddy kusyuk sungguh perhatikan baby-baby yang baru belajar berenang..macam ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ok Ok bukan itu yang jadi main points kat sini..sebenarnya bonda nak cerita yang bonda ni cepat sangat penat.  Jalan sikit dah mengah..hahah. dah lah toilet dan surau nyer terletak agak jauh (pada bondalah).. jalan kejap berhenti jalan kejap berhenti ambil nafas..macam nak diserang semputlah pulak..heheh

Nowadays selepas punch card masuk office je, terus mata kuyu macam zombie..bonda rasa letih dan rasa nak tidur je.  ape yang bonda tak gemar sekarang, bonda sering rasa sakit kepala dan pening.  Bonda harap morning sickness ni akan segera berlalu.  Bonda tak sabar nak berjalan petang-petang dengan daddy di taman sambil mengurut-ngurut perut bonda yang semakin membesar.  Bonda nak baby sentiasa rasa selesa bila di dalam perut bonda.  Bonda sayang baby!!  InsyaAllah.  Bonda sekarang ni dah register dalam baby centre.  Bonda dapat banyak kawan dari serata dunia.  mereka sering update pasal pregnancy masing-masing dan baby progress.  Bonda suka baca info di baby centre tu sebab bonda dapat banyak sangat ilmu dari sana.  InsyaAllah bonda akan terus mencari ilmu mengenai hal-hal kehamilan ini bagi memastikan baby sentiasa sihat, kuat dan bijak dalam kandungan bonda..di samping itu bonda akan terus meminta perlindungan daripada Allah s.w.t. untuk keselamatan bonda dan baby..InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment