Adds BY Nuffnang

2 September 2013

hEA HEA..maju ke hadapan !!

Assalamualaikum..

Hehehe..rasa seronok pulak hari-hari ukur perut yang dah makin ke hadapan..hahhaha setiap kali masuk toilet, pi mengadap cermin dulu, belek perut, senyum sorang-sorang pastu baru lah melepaskan hajat..arghh aku dah perasan dah simptom tu dah jadi macam habbit dah pada aku.  Kadang-kadang saje je aku buat-buat lupa tapi bila masuk toilet je, secara automatik aku akan berpaling ke cermin besar depan enterence dan tangan ku pegang perut..hahhah.  Ok skunk kandungan  ku baru 2 bulan..tapi aku tak scan lagi sebab nak tunggu sampai 3 bulan baru aku pergi scan kali pertama.  Ramai orang kata tak elok selalu scan so...aku akan aturkan 3 kali je buat scan utuk sepanjang temph kehamilan ku ni..InsyaAllah first masa 3 bulan, second masa 6 bulan dan third masa 9 bulan..itupun hanya untuk tahu baby sihat ke tak..tapi masa 6 bulan tu special sikit sebab nak tahu jantina baby..hehe.  Setiap masa aku berdoa pada Allah s.w.t. supaya menjaga dan melindungi aku dan kandunganku ni daripada sebarang keburukan, perbuatan , gangguan di dunia mahupun di akhirat.. Aku mahu melahirkannya dengan selamat...Amin...

Ok skunk ni, rasa loya-loya, sakit pinggang  dan pening masih ade..aku skunk pun asik kerap ke tandas kadang-kadang tu sampai rasa nak tidur je kat toilet tu! mana taknye tak sampai setengah jam pi buang air kecil..dah rasa lagi nak buang air kecil..huhuhu.  Dah lah toilet jauh..terpaksalah aku menggagahkan kaki ni berjalan ke toilet..heheh tapi aku tak pernah berungut, aku tahu ini semua dugaan untuik menjadi seorang ibu..Alhamdulillah...

Aku banyak amalkan makan buah dan makan-makanan yang light2 je masa mengandung ni..Aku banyak dapatkan stock buah-buah segar kat NSK jalan Klang Lama..perghh kat situ kalau shopping buah memang berbaloi-baloi! bayangkan dengan hanya bermodalkan RM20 je hari tu aku dapat 6 biji buah delima(big size), 5 biji buah epal hijau, 5 biji buah epal merah, 7 biji buah pear..so ape lagi melantaklah aku sepuas-puasnyer buah-buahan tersebut...tapi sekarang ni dah tinggal sikit pulak, so aku akan make sure Hubby aku bawak aku ke NSK lagi Rabu ni InsyaAllah..  Barang-barang kat situ pun ok, sajelah aku belek-belek car seat baby dan stroller baby kan kat situ..bukan nak beli lagi pun, saje survey-survey..hehehe memang murah lah..kualiti dan design pun lawa-lawa.  Banyak choice plak tu! hebat! so skunk ni aku dah list kan dah NSK tu akan ku kunjungi lagi selepas bersalin nanti..InsyaAllah..

Aku memang mengambil ikhtibar dari pengalaman yang dulu..aku tak nak ianya berulang lagi.  Skunk ni aku akan memastikan aku mengikut setiap arahan doctor, asid folic akan dimakan setiap hari..Minggu depan 11 September aku ade appoitment buat buku merah.  aku harap semuanya ok dan berjalan dengan lancar.  Tak sabar rasanya nak jadi Ibu..Ya Allah..kau permudahkanlah segalanya...



No comments:

Post a Comment