Adds BY Nuffnang

27 December 2013

LETS WORKOUT!

24 hb 12 hari tu I  got a called from Kak Zah..tak tau mimpi ape entah, tetibe dia menghasut aku keluar jogging on 25th..mule-mule aku ingat dia saje nak perli akan kebengkakkan badanku..haha tapi dia kata dia betul-betul serius nak ajak aku berjogging..dia kate saje bosan duk umah je..so..aku call husband aku mintak izin dari dia, yelah kan takutlah kang aku kate OK kan husband aku plak ade plan nak pegi tempat len..alkisahnye aku memang lame dah tak kuar dengan Kak Zah, dulu masa bujang selalu gak lepak ngan dia..Husband aku kate OK so aku pun call bagi tahu dia OK, esok jogging..perghhh punyelah happy dia kan siap kate nak kejut aku pukul 7 pagi lagi...  Then pagi 25th tu aku pun bersiap-siap pi amik Kak Zah kat umahnye..mula-mula ingat nak jogging tepi tasik, tapi bosan le pulak asik tengok pemandangan tasik, so aku bagi idea untuk jogging kat kat bukit depan umah aku je, senang sikit..pemandangan pun lawa..

Bersemangat aku nak jogging tau

Cantikkan...



Cantik kan view kat sini

Hah aku tgh menyapu peluh yang meleleh

Inilah Kak Zah...masih singgle and available tau...try ar ngorat
alkisahnye penuhlah secawan peluh aku yang kuar...berbaloi gak kan dari tak kuar lansung.  anyway bukit ni lah tempat actress Rozita Che Wan dan Zain Saidin amik gambar untuk pre wedding mereka..habat tak??

WeekEnd Activity...

Everytime weekend I will felt so bored..other than sleep all day long, all I can do is watching TV..waiting for my hubby back from work..but last week, I got an idea..berjimba with my friends Mona, Bell and Hajar..Alhamdulillah the program that we had been planned the day before run smoothly.  We felt so enjoy..as all of them wish me to baked a cake.  Ok let them choose the cake..and me myself baked it! So taraaa....!! here is the picture of the activity...

This is Tiramitsu Cheese Cake

Alhamdulillah..all my friends love it!

I only bake 2 types Red velvet Cheese cake and Tiramitsu Cheese cake



look! how busy we are..

Daniel..my friend's son..after baking, we enjoy swimming together..

9 December 2013

MENGAPA??


Mengapa aku kerap kali mencari alasan??
Bukan kah sepatutnya aku memikirkan jalan penyelesaian??
Mengapa aku takut akan hebahan kenyataan?
Sedangkan itulah yang benar...
Adakah aku takut akan pepatah mungkin akan dilongtarkan??
"Hangat-hangat tahi ayam"??
padahal itulah aku...
sifat malas menguasai diri
takut pun ada tetapi semangat ku menjadi dindingnya
akan ku teruskan perjuangan suatu hari nanti
bila masa yang sesuai kian menjelang
pada masa itu kan ku siapkan diri ini dengan kestabilan
agar tiada lagi alasan dapat ku cipta di kemudian hari
besabarlah duhai hati....

Aku rindu saat itu..
namun diri ini tiada kekuatan buat sementara ini
masa yang suntuk, ruangan untuk ku berfikir
masih ada yang perlu perhatian ku
dan ku lepaskan semua
bukan untuk selama-lamanya
hanya sementara cuma
dan aku yakin aku akan bangkit semula
apabila tiba masanya
aku yakin..aku akan kuat semula
walaupun usia menjangkau tua
akan ku melangkah ke arah itu
bersama-sama semua yang aku sayangi

Mungkin hari ini bukan hari ku
tak mengapalah kawan..kau pergi dulu
akan ku menyusul kemudian di belakangmu
walaupun tertinggal jauh, akan ku cuba berlari mengejarmu
namun mungkin dalam jalan yang berbeza
bergantung kepada arah dan minat masing-masing
InsyaAllah..Amin..

 

6 December 2013

MASIH ADA YANG LEBIH PERLU...

Semalam aku melihat diriku susah
sambil otak ku berputar ligat merancang apa yang perlu dibeli semasa hari gaji nanti
nak beli handphone, bayar bil astro, bayar bil cross trainer, bil api dan air
nak beli beras yang mahal (tajmahal) RM 50 untuk 5 kg
Aku melihat sekeliling rumahku..otak masih berputar ligat memikirkan apa yang kurang
nak beli cat rumah, nak beli carpet sebab tumit kakimu mula pecah dek kerana asik memijak lantai yang sejuk
Melayari internet, masih ligat memikirkan bahan-bahan yang akan dibeli untu membuat resepi
cheese cake, ayam panggang, lamb chop..

Kebosanan mula melanda apabila suamiku keluar rumah kerana ingin berjumpa kawannya..
lantas aku menghampaskan diri ke sofa, terbaring malas selepas selesai menjamah makan malam
2 biji telur di buat sambal dan 2 ekor ikan caru digoreng.
Tangan ku mula menekan remote mencari siaran yang menarik
Suddenly aku terhenti pada siaran "Bersamamu" di TV3 jam 9.30 malam.

Aku tersentak, hati ku tersentap seolah-olah rancangan tu cuba memerli aku
Mengisahkan sebuah keluarga yang sangat susah di mana suami tidak bekerja dan si isteri hanya bekerja sebagai cleaner di rumah orang.  Mereka perlu menyara 3 orang anak yang masih kecil.
Si suami tak bekerja tetap kerana masalah kesihatan, namu setiap hari akan pergi mengutip barangan lusuh/terpakai bersama 3 orang anaknya yang masih kecil.
Si suami juga perlu mendapatkan bekalan ubat kerana menghidap pelbagai jenis penyakit..
bergenang air mataku apabila si isteri memberi tahu walaupun dalam hujan atau ditengah malam pun, si suami tetap akan keluar rumah untuk mencari barangan terpakai.  Purata pendapatan yang biasa diperoleh hasil jualan barangan terpakai tersebut, mereka akan perolehi sekitar RM 30 ke RM 40 seminggu.

Anak sulung keluarga tersebut yang baru berusia 8 tahun di hantar ke Tahfiz bagi menuntut ilmu akhirat yang kekal abadi.  Si isteri ada meluahkan perasaannya kenapa dia menghantar anak nya ke Tahfiz..katanya kepada anaknya "Bukan harta dan wang ringgit yang mak mahu..cukuplah sekadar doa untuk mak dan ayah"
Allahhuakbar..aku berasa sangat malu..aku melihat diriku susah, tetapi ada orang yang lagi susah dan lebih memerlukan.
Lantas hati ini mula bertanya-tanya, sepanjang aku berfikir ke mana wang gaji ku akan dibelanjakan..adekah aku masukkan amalan sedekah sebagai part of that?.. Agstarfirullah..ampunkan hambamu ini Ya Allah..aku leka dan lalai dalam menunaikan amalan.  aku hanya leka dan tertarik pada kemewahan dunia, tanpa memikirkan kemewahan yang dijanjikan di akhirat yang kekal abadi..

Aku terus menonton rancangan tu,  di bawa pula ke Maahad Tahfiz tempat anak sulungnya belajar..keadaan sekolan tersebut serba daif..namu dihuni dengan puluhan pelajar yang datang dari latar belakang yang miskin.  aku tengok aktiviti harian mereka mengaji dan mehafal Al-Quran..sekali lagi aku terkedu, bertanya pada diri..sudah berapa lama aku tak mebaca Al-Quran..Ya Allah...ku lihat muka penghuni2 syurga yang comel dan masih kecil itu, seperti ada nur di wajah mereka..tetiba rasa sayang ini mujud di hati ku.   Aku melihat mereka seperti anak-anak ku sendiri..apa yang sedang aku lakukan di sini sedangkan mereka dalam keadaan susah di sana??.  Tangan ku pantas mengambil pen dan menyalin butir-butir akaun untuk membantu mereka di sana.  Niatku ikhlas..aku ingin anak-anak ku di sana mendapat faedah seperti seorang ibu yang membeli kan anak-anak nya barang makanan atau mainan setiap kali hari gaji.  Cuma yang lainnya ialah biarlah mereka tidak mengenali aku, namun kasih sayang kepada mereka akan terus tumbuh dalam hati ini..InsyaAllah..

3 December 2013

Zafran's Birthday Party..


 Hye..saje je aku nak story pasal birthday party my bucuks Zafran.. si kecil yang bijak dan comel.  Huhu kalau lawan cakap ngan dia mesti ko nangis ye..anak buah aku ni, kalau cakap ape2 mesti buat korang befikir panjang...ditambah dengan senyuman yang manis, dan suara nya yang comel..huhu bley buat aku rindu gile kat dia everytime tak balik kampung.  Walau umur dia baru 3 tahun, tapi kepetahan dia mengalahkan budak umur 6 tahun.. and last year aku baru dapat sorang lagi anak buah, namenye Damia Batrisyah..so skunk dah ade 2 orang dah, tapi tak tahulah kalau yang second ni membesar macam abangnye, alamatnye penuh lah gelak tawa hari2 kalau jumpa..hahhaa.  Ok, event untuk Birthday Party ni kami wat kat Wana Riverside Hotel, Melaka.  Alhamdulillah..service kat situ sangat best dan makanan nye pun enak-enak..so layan lew gambar kiter yer..



















Lagi-Lagi LegoLand...enjoyss..muahhss

Assalamualaikum..

Ohooooiii hoi...saje nak kongsi cerita about my second visit ke Legoland..hu banyak juga permainan baru tau kat sane..anyway aku rasa agak bosan lah sebab dah pernah men semua permainan kat situ, tapi anak buah aku dan kakak ku tak pulak bosan..diaorg lagi bertambah excited..lebih2 lagi si kecik Zafran tu..adoyyaii berlari sini-sana.. yang tukang kejarnye sape lagi kalau bukan aku..hahha.  At last nak bagi dia diam, kami bagi dia rasa nek kuda sorang-sorang.  Ingatkan dia akan menangis, tapi tak..dia lagi happy adelah..haha.  Ok lets layan my picture ni eh..
















13 November 2013

Hatiku Milikmu

Hatiku Milikmu

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan
Diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh cintaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu



Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



12 November 2013

MEE GORENG LANGGAR LARI..

Assalammualaikm..last weekend family belah suami ku ada datang melawat kami di rumah.  Kami dapat call dalam pukul 2 petang yang mengatakan mereka nak datang.  Alkisahnyer masa tu aku pulak baru bangun tido...hari Ahad kan..eh jangan cakap aku tak sembahyang subuh eh..aku solat subuh kol 6.00 pagi pastu sambung tido balik sampai kol 2 petang..hahaha  teruk kan?  yelah hari lain penat kerja, hari ahad je lah hari rehat kami.  Tapi jangan cakap dengan mak aku tau aku bangun tido kol 2 petang! kalau mak aku tahulah aku bangun lamabat..habislah aku kena bebel..:'(..
So nak dijadikan citer kami pun segera bangun, mandi dan siap2 nak pergi kedai.  Dalam keta tu masih lagi nak bertekak nak pergi kedai mana satu.. Aku nak pergi kedai yang jauh dan laki aku plak nak pegi kedai dekat2 je.  Ok kami memang selalu bertekak kalau bersama, tapi kalau berjauhan tahu plak rindu kan..inilah kehidupan kami berdua suami-isteri.  Esok lusa kalau dah ade anak tak tahulah camne kan..hehehe.  aku memang kalau orang nak datanmg umah, aku dah start dah kelam kabut nak pikir ape menu masakan ni.  almaklumlah, tetamu nak datang kan, kita sebagai tuan rumah ni kenalah muliakan tetamu.  Berbanding laki aku, dia ambil mudah je..asik2 suruh tapau je kat kedai.."senang" tak payah pikir...huh! macam tulah lelaki kan, tak macam perempuan banyak yang nak kena pikir..hurm..beza memang berbeza,,,
akhirnya si suami pun mengalah juga, so kami pun pergilah ke kadai yang jauh dari rumah.. beli punya beli tengok jam dah pukul 5 petang.  Cepat2 aku suh suami ku tepon keluarganya tanya dah sampai mana..risau gak takut mereka dah nak sampai, tapi kami masih di kedai.  Tapi seb baik mereka masih di rumah.
So bila sampai rumah, kami mula kan lah projek masak memasak.  Pelik plak aku tengok suami aku hari tu, sungguh rajin menolong.  Kami plan nak masak mee goreng langgar lari je dan buat sedikit cucur udang geragau confuse...  Nak tahu kenapa aku namakan mee goreng ni langgar lari?  sebab....suka hati aku lah! muahahahha!!!1so after prepare bahan-bahan mee goreng langgar lari ni, aku pun mulalah menumis.  Tapi part bila nak kacau mee dalam kuali tu, tetiba tangan ku krem pulak kan..so si suami lah yang tolong aku.  Hehe aku jadi penonton je kat belakang, dalam hati nak tergelak pun ade..ye lah, dia kacau mee tu sampai hancur.  aku tinggalkan dia jap pi solat asar, then after solat aku tengok keadaan dapurku dah lintang pukang..terkejut aku..rupanyer nilah keadaan bila suami di dapur..hahhahaa

Tengoklah habis tertumpah mee yang digoreng suami ku..hai lah sayang...





NAK RESEPI MEE GORENG LANGGAR LARI??

Bahan-Bahan

2 bungkus mee goreng (direndam dengan air panas)
3 biji tauhu goreng
sedikit daging cincang
sekit ayam cincang kecil-kecil
2 senduk cili mesin
1 biji bawang besar
5 ulas bawang butih
sedikt sayur sawi/taugeh
2 ketul fish cat dihiris nipis
1 biji tomato
sedit sos cili
sedikit kicap manis

Cara-cara nyer

tumbuk besar dan bawan putih  (jangan lumat sangat).  Lepas tumbuk tumiskan dalam kuali sehingga naik bau. Letak cili mesin daging, ayam dan fish cat dan tumis lagi sampai lembut. pastu masuk kan sedikit garam dan kemudian masuk mee kuning  yang telah direndam dengan air panas tadi.  Sebatikan mee dengan adunan cili tadi pastu masuk kan sayur.  Kemudian ambik tauhu yang digoreng tadi ramas-ramaskan ke atas mee gorang dalam kuali dan gaulkan kesemuanya.  kemudian ambil buah tomato dan potong 4 dan masukkan dam mee tadi dan gaulkan lagi. Kemudian, rasa sedikit dahulu, kalau kurang pedas, tambah sos cili.  Kalau nak lebih enak, boleh tambahkan kicap manis. Akhir sekali gaulkan kesemuanya sampai masak..dan kemudian boleh lah ngap..muahahah senang kan nak buat mee goreng langgar lari ni?? muahahhahahahah!!!
Nanti aku bagi resepi cucur udang confuse plak yer...TUNGGU...

11 November 2013

Cheese Cake Senja Nan Merah,,hahahha

Hahahhahah...suka hati aku je nak letak nama cake tu ape..asalnyer cake tu diberi nama snow white cheese cake tapi aku ape peduli, aku nak juga letak nama cake tu senja nan merah coz kalau sume putih, nek juling mata ku ni hah..ok lah alkisahnyer, pagi tu aku berguling-guling di atas katil kerana kemalasan yang amat sangat.  Malas sebab ape?? ooo korang nak tahu eh..ermm semalam malam sebelum semalam kena ceramah free dengan laki aku sebab asik ajak dia kuar jalan-jalan je. ish..aku ni asik nak berjalan je kan..patutlah kena marah, so dia kata hari ahad adalah perintah berkurung! huh kejam...bosang sungguh! so aku ni pantanglah kena ceramah, mulalah keluar muncung ni panjang sedepa dan mulalah timbul rasa bersalah kat perasaan laki aku kan..hahahah pompuan memang camtu bro, sensetive (betul ke aku eja camni??)  so si suami pun mulalah pujuk memujuk dan rundingan damai diadakan.  Ok aku cakap, boleeehhh...kalau nak duk rumah..tapi bawa aku pi beli barang kek..muahahah dari mana aku dapat idea nak baut kek tu pun tak tahulah. tetibe je terlintas.. Resepi?? aku men belasah je ikut barang-barang yang sempat aku beli je, tapi alhamdulillah jadi juga akhirnya..
Hah ini lah antara bahan-bahannya...
kena mix betul-betul sampai jadi warna putih dan pekat
Inilah sebab aku nama kan senja nan merah
Aku tak suka serabut sangat..so aku hias simple-simpel je yang penting comel..
In the making...
Ini boss aku..alhamdulillah dapat komen membina daripada dia



Resepi Cheese Cake senja nan merah...(aku men agak-agak je)

Bahan Kek

120 gm tepung kek superfine
2 sudu besar minyak jagung
4 biji telur
1 sudu kecil ovelet
1 sudu kecil baking powder
60 gm gula caster
40 ml  air
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit pewarna

Untuk Hiasan
 
250 gm cream cheese
setengah cawan susu pekat manis
cheedar yang diparut (untuk hiasan)

Cara-cara

Mix kan semua bahan-bahan tadi kecuali pewarna dan minyak jagung.  Guna mixer tau. Mix sampai adunan jadi warna putih dan pekat.  Pastu masuk minyak jagung dan mix guna senduk jer.  Pastu ambil sedikit adunan letak lah pewarna ape pun korang suka (tak letak pun takpe). Then amik loyang dan sapu kan butter di sekelilingnyer. then curah adunan putih selang seli dengan adunan yang bewarna tu.  Pastu masuk dalam oven dan bakar pada suhu 140 celcius dalam 30 ke 45 minit.  Ok for your info, kek ni memang tak naik tinggi sangat but if nak nampak tinggi korang kena lah buat dua kali.  Tapi aku kan malas, so aku buat sekali je. Tu yang nampak kek aku rendah je..

untuk hiasan pulak, korang mix kan creem cheese dengan susu (guna mixer). Pastu bila kek dah masak, korang salutkanlah sekeliling kek tu.  Kalau korang buat 2 kali adunan, sebelum ditindang dengan kek lagi satu tu, korang leh sapu tengah-tengah nyer dengan creem cheese and then baru salut keseluruhan kek tersebut.  Last sekali, taburlah cheedar tadi di sekeliling kek yer..pastu hiaslah suka hati korang..tapi kan kalau dah siap tu simpan dulu dalam peti sejuk around 1 hour pastu barulah bley ngap!..muahahahah