Adds BY Nuffnang

15 August 2013

Makanan Untuk Bonda semasa Hamil

Makanan-makanan yang terbaik untuk ibu hamil 

Salam...hehe exited nak share ngan korang sumer...Info ni aku dapat dari blogs sorang kakak ni..then aku copy and paste je lah..Thanks for sharing me this info Kak...

Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan bayi/janin yang sempurna. Ini kerana, makanan yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu akan membantu kepada proses perkembangan janin yang masih di dalam kandungan ibu. Secara mudahnya, bayi mendapat makanan melalui apa yang ibunya makan setiap hari. Oleh itu, penting bagi ibu mendapat khasiat makanan secukupnya agar bayi boleh memperoleh khasiat-khasiat makanan yang berkualiti untuk proses pembesarannya. Anggapla entry kak dibwah ni macam makanan-makanan tambahan la utk support perkembangan bayi.

Makanan-makanan terbaik untuk ibu mengandung:

  1. Buah delima --- Ringkasnya, buah delima baik untuk perkembangan otak bayi dan melindungi bayi daripada kecederaan otak. Nak baby kita nanti bijak, cari buah delima ni n makan. Kak masa anak no.2 memang teringin nak makan, kak p cari kat pasar malam. Dah jumpa, kat tempat kak rm4 sebijik. Boleh tahan le kan, tapi kak ingat utk anak kak, kak nak anak bijak. Tapi kak tak beli sebab kak dahle tengah perot meboyot masa u, pulak beratur org punya ramai dok kerumun makcik n abg yg juai buah delima tu. Kak tak larat tunggu, so kak dah beli benda lain, n kak pon balik rumah. Selain itu, untuk si ibu pula buah delima boleh membantu mengekalkan paras hb yang baik bagi si ibu. Hb ok, so nurse klinik pon takdakle nak ceramah banyak2 kan.. nurse yang selalu ceramah ni kak perasan nurse bujang.. hih, takpala, dia concern tu :)
  2. khasiat buah delima

  3. Walnut  --- ni pon bagus untuk perkembangan otak bayi. Nak baby bijak jugak ni. InsyaAllah. Rupa walnut ni seperti dalam gambar. Rupanya seperti otak manusia. Walnut ialah sejenis kacang, kira sejenis tumbuhan le. Kandungan protein jugak tinggi dalam wallnut ni walaupun tak dinafikan dalam wallnut turut juga mengandungi lemak. Takpa, ni lemak baik, bukan lemak tak baik. Jangan takut gemok, badan kita memang perlukan lemak jugak, tapi lemak2 baik. :). Lagipon walnut ini ialah sejenis tumbh-tumbuhan bukan sejenis haiwan. So, kita dah boleh agak, memang lemak daripada tumbuhan is better than lemak daripada haiwan kan?. hihi. Kak suka jugak walnut ni, tapi rasa dia ada  rasa pahit-pahit sikit. Walnut ni kalo kita makan 2-3 biji sehari pon dah cukup dah untuk kita n baby. Bagi kak le, walnut ni xsedap, tapi untuk baby n untuk kita, kita makan le. Takmo makan hari2, sekali sekala pon boleh. Walnut boleh letak dalam jus buah. Letak dalam jus buah, pastila..sheeedaap! :)  ... Lain-lain choice selain walnut ialah cotohnya kacang almond (badam), pistachio (kcang cerdik), hazelnut. Kalo perasan semua kacang ni berwajah seperti otak manusia. Kat sini pon dah tersirat rahsia kebesaran Allah swt kalo kita fikir diluar kotak kan. Layan gambar, kak dah google.. 

  4. Kurma Ajwa --- Kurma ajwa ialah kurma kegemaran Rasullullah. Kurma Ajwa ni pon la ni banyak juai kat malaysia. Boleh google. Masa kak mengandung anak kak no.2 kak mengidam nak makn kurma ni. So kak pon google la. Standard price kat malaysia ni dijual dengan harga rm150 per 1 kg. Kak dah pernah rasa kurma ni, sedap, memang rasa dia tak sama macam kurma-kurma lain. Kak makan kurma ni masa membe kak balik umrah, dia bagi kami semua sorang 3 bijik macam tu, sebab kak bestfren dengan membe kak yang pi umrah tu, so kak dapatla lebih. hehe... kak kata kat membe kak "sedap no. kalo aku tau sedap cam ni aku leh le kirim kat hang no"  Membe kak pon kata "haa, sedap. Kat sana rm70 sekilo." Kat Malaysia ni, ada gak orang juai rm90 sekilo, kak pon pernah message orang tu. Dia kata sold out! Takdan kak nak beli. Lepastu, kak dapat dengan sorang ni. Kurma Mehr kot. Dia bagi kak rm120 per 1 kg, dia kata promotion n free postage. Lagipon dia kata kak peggy, kak habaq kat dia kak teringin, dia pon letgo le kat kak. Tak sampai sebulan habeh kurma tu kak makan.  Kurma sedap kan. Kak perasan anak kak no.2 tu masa dalam pantang memang dia baikla, tak banyak karenah. Senang le kak jaga dia. Tapi la ni hehe.. manja kan main. Tahle ek, orang tua2 kata baby2 ni jangan puji sangat, satgi.. hehe..Umor dia la ni dah nak masuk 2 tahun, dia dah makin cerdik, pulak dia tau dia memang tak da adik pon, tu kot manja telebih tu. Tapi dia rajin sikit simpan mainan daripada abang dia. hehe.                                    .

  5. Susu kambing -- Susu kambing pon antara makanan sunnah Rasullullah. If kak tak silap, Rasullullah minum susu kambing maybe dalam 1-3 kali seminggu. Fresh2 punya. Susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu. Sebab tu la susu kambing ni lagi mahal daripada susu lembu. Kalo nak tahu lebih banyak lagi pasal susu kambing, boleh google. Kak dah google dah, memang! Masa kak mengandung anak kak, ada kak beli la 1 box susu kambing, brand hi-goat dengan membe kak. Dia dealer, so dapat la harga membe kak tu, rm32 macam tu, drpd retail price dia rm39. okla tu. Dalam box tu ada 15 sachet jer. Kak pon tadakle minum selalu. Kira just habes 1 box tu sampai kak bersalin. Sebelum kak bersalin, kak ingat kak nak minum dalam pantang nanti, kak beli lagi 7 box sebab kak nak dapat harga murah. kak dah tak ingat, maybe 1 box tu jatuh dalam rm27 kot. Macam shaklee la, ada promo bulan2, buy 6 free 1. hehe. Untuk anak kak yang no.2 ni masa mengandung tadakla rajin minum susu sangat, sebab kak suka sangat minum kopi. Kopi tu brand Che Nah. Sebenarnya takot gak kot anak kak keluaq nant hitam, cam ayaq kopi.. hehe.. tapi takdekler, dia putih, malah putih lagi drpd abang dia. Lagipon yang kak berani minum kopi hari2, sebab kak ingat husband kak kulit cerah, kak pon kulit cerah, mana mai lak anak kak kulit gelap. Kalo gelap pon maybe tak gelap sangat.. haha.. Yer2, lepas dia keluaq kedunia, dia hitam, baby... so kak tau, dia memang kulit cerah!

  6. Madu --- Madu asli kalo boleh. Cara macam mana kita nak tau madu tu asli ke tak, madu asli tidak akan dikerumuni semut. Kak ada penah beli kat tok kak, madu asli ni, sebab tok kak tu dia diabetes n baru ni doc suspect tok kak tu buah pinggang maybe problem jugak. Kak pon takot jugak kalo tok kak dia kena dialisis, kak dah tengok membe kak dia dialisis, dia selalu tak larat, maybe sebab faktor umur kot. So, kak ingat kalo tok kak dialisis, lagi la dia tak larat kan sebab umor dia dah 70+ dah. Membe kak ada bagitau, buah pinggang tu boleh try alternatif dengan sarang burung asli, madu asli n safron. So, kak pon mintak tolong membe kak belikan 3 benda tu untuk tok kak. Tok kak dok kl la ni, kak dok penang so lama la kak simpan kat kak sebab tok kak kata tak payah pos nanti dia nak balik kampung dengan paksu kak. Kak simpan madu tu dalam almari dalam bilik, memang terbukti madu tu madu asli sebab semut tak mai hurung! Madu ni 1 hari kena ambil dalam 1 sudu KFC tu jer. Bukan ambek banyak2... Kalo ambek banyak haa... panas le kan! Membe kak pon ada makan madu asli n safron masa dia mengandung sebab dia alah terok sangat, so dia pi la jumpa tokwan ni. pakar perubatan alternatif. Kak pon pernah pi teman membe kak. hehe.. Alhamdulillah membe kak tu pon respon ok, dah makin kurang dah alahan terok dia tu. Dia kata anak dia pon ok. Dia kata anak dia pon masa pantang ok, kuat sistem imun anak dia, tak sesema n tak demam below umor 6 bulan.

  7. Air kelapa --- Menggebukan baby. Bagi kulit baby cantik. Kak pon ada entry jugak pasal ayaq nyoq ni. Kat sini kalo nak tengok. 

  8. Minyak kelapa --- Minyak kelapa atau minyak tanak. Ni orang masa 70s n 80s rajin buat minyak tanak ni makan bagi senang bersalin. Kak pon ada beli jugak VCO (minyak kelapa dara). Kak makan jugak tapi kak selalu skip.. berapa kali jer kak makan. Membe2 kak yang peggy ada makan konsisten macam advise intake biasa utk vco tu. Dia kata dia senang bersalin anak dia. Dia pon dok ingat maybe minyak vco tu antara penyumbang senangnya dia bersalin anak dia. Membe kak lagi sorang ni, lagi le dia makan minyak tanak teros, husband dia buat.. wow! best2! husband buat lagi.. Dia pon kata dia bersalin sakit tu tak lama sangat walaupon anak sulung. VCO ni macam2 khasiat dia. Boleh google kalo nak tahu lebih banyak info. 

13 August 2013

Perasaan Itu Berulang Kembali...

Alhamdulillah...itu saje kata-kata yang mampu aku lafazkan diiringi dengan perasaan sebak dan kata-kata hati yang tak jemu-jemu memanjatkan rasa syukur pada yang Esa.  Setelah hampir setahun lebih aku keguguran, kini di penhujung Ramadhan, aku disahkan hamil semula..Alhamdulilllah...inilah rezeki yang paling bermakna di dalam bulan Ramadhan tahun ini..  Hah, nak tahu tak macam mana aku bley sedar yang aku pragnant? hehe panjang juga ceritanya..
  Ok first, biasa nya aku period 2hb..so aku sempatlah berpuasa tahun ni sebab aku dah datang period on 2hb Julai, then Ramadhan pula jatuh pada 10th Julai tahun ni. 9th Julai aku mandi wajib, biasalah aku period selalu nak tunggu 7 hari baru ku mandi..sebenarnya period aku 3 ke 5 hari je tapi ekor-ekor nye yang buat aku kena tunggu 7 hari. The next day after mandi hadas, sempatlah aku berpuasa..Alhamdulillah...My husdband ni pulak selalu memang macam orang yang dah lama tak jumpa dan asik rindu je dengan aku...dia selalu kata dia lebih sayangkan aku dari aku sayangkan dia. Hahahah..itulah kami bila hidup berdua je, tapi tak tahulah kan bila dah tua nanti cam mane..hopefully kekal lah begitu sehingga ke akhir hayat..Amin..  Ok pada 30 Julai aku dah siap-siap prepare dah stok makanan kat rumah dan kat Office, yelahhh..nak tunggu 2hb kan, cafe dah lah tak buka, nak makan kat luar malu, nak balik rumah waktu lunch pulak malaaaassss...so prepare awal2, kan senang.  Tunggu punya tunggu tak datang pun...sakit pinggang dah amat ketara dah ni...ingat sakit pinggang sebab nak period tetapi tak pun datang..ade sorang pegawai aku ni period dia sikit lebih kurang je dengan aku, selalu aku datang dulu tak pun dia datang dulu dan esoknye mesti aku pula..akan tetapi, dia dah datang dah...tapi aku tak juga.  Paling ketara ialah payu dara aku rasa sangat sakit dan aku rasa makin membesar pula..haihhh..aku sebenarnya dah penat berharap untuk pragnant.  and resultnya amat mengecewakan. Penat berhabis duit untuk beli pragnant test tetapi hampa..
      Dan setiap kali bila resultnya negative aku akan rasa down sangat..marah dan sedih pun ade..masa itulah aku akan murung dan give up! That's why lah aku tak nak buat  test dulu..aku tunggu seminggu lagi.  Dipendekkan cerita, within one week tu suami aku ni bawalah aku berjalan-jalan mencari baju raya di Sunmmit, Alamanda, Mines dan Sunway Piramid, tapi ape yang aku rasa lain ialah, tak sampai 100 meter aku berjalan, aku mula rasa penat, sampai semput-semput lah..laki aku pun perasan aku lain sebab dia dah tahu aku ni pantang di bawa bershoping, exited bukan men lagi..kadang-kadang dia yang terpaksa suruh aku berhenti rehat dulu..hahhaha but now, aku pulak ayang asik berhenti-berhenti..sampai suamiku terpaksa pimpin aku untuk berjalan...dan dia yang kena pikul semua beg plastik barang-barang tadi..haha kesian tengok suamiku masa tu...
     Lagi satu halnya, aku akan rasa loya yang amat sangat waktu pagi di office..loya macam nak muntah, tapi tak muntah pun..so, disinilah bermula kesedaran ku mengenai pragnant...Hari Isnin, aku bangun pagi seperti biasa lepas mandi, solat subuh, aku bersiaplah nak ke office..tapi sebelum keluar rumah aku cium tangan suami ku, (hehe minta izin nak ke office lah katakan).  Suami ku perasan muka aku pucat..tapi aku kata aku OK je.  Sampai di Office, aku dah mula dah rasa loya dan sakit pinggang yang amat sangat...oleh kerana masih di bulan puasa, so aku dalam keadaan terketar-ketar bertanya lah pada officemate aku, Kak Ani ade tak stok asam ke ape-ape ke yang boleh hilangkan loya aku ni..arghh aku dah tekad dah, mamang tak boleh tahan dah, mahu je aku muntah kat situ juga..Kak ani kata dia ada panadol. "Panadol"...aku berfikir panjang..aku call kawan ku, dia kata baik check dulu pragnant ke tidak, pastu baru makan ubat..so aku dengan perasaan tak berapa confident ni pi lah check on line dulu tanda-tanda awal pragnant...Masya Allah..semua tanda-tanda awal mengandung ade dan sedang aku alami sekarang!  So dengan perasaan berdebar-debar aku start enjin dan terus ke Alamanda.  Beli pragnent tst yang murah je RM 5.90 kat Watson.. Dapat je pragnent test tu terus balik office dan buat check up di toilet office.  Sepenjang perjalanan balik tu, rasa macam jantung ni bersdengup kencang rasa macam tak sabar nak tahu resultnya..sempat plak tu aku bernazar nak buat solat tahajud malam ni untuk mensyukuri nikmat Allah...so mula mula matu urine tu nak meresap slowly, memang aku tak nampak 2 line..dan masa tumemang dah frust dah..so aku bersiap-siap nak pi buang lah pragnent test tu..bila time aku keluar bilik air, aku toleh lagi kat alat tu..dan ALHAMDULILLAH......memang ade 2 line yang terang membuktikan aku pragnant...terus belari ku masuk ke pejabat, call suami dan family..mereka semua gembira sangat.  Mak aku as usual banyaklah pantang larang dia terjemahkan kat aku..almost 1 hour gak lah aku bergayut dengan dia...hahahha
      Hari tu balik raya di kampung suamiku terasa macam princess le pulak..semua keje orang tak bagi buat..drive kereta pun family suami ku tak bagi.  so aku tidur makan tidur makan..hehe best kan..ape aku nak makan semua suami ku akan cuba dapatkan.  Kadang-kadang terasa macam menyusahkan suami ku pula, tapi dia selalu cakap dia sayangkan aku lebih dari aku sayangkan dia..bila aku tidur, suami ku akan selimutkan aku, yelah kita tidur bukan sedar kan, kadang-kadang bila aku teertidur sambil pakai cermin mata dia yang akan tanggalkan cermin mata ku dan simpan di tempat elok.  Ape yang aku perasan , sekarang ni aku mudah lupa..so my nice husband yang akan ingatkan semua, dia tak pernah lupa tanya aku hari-hari dah makan ubat ke belum..terima kasih Allah kerana kurniakan aku seorang suami yang sangat baik dan menyanyangi aku seadanya...so..aku sangat bahgiasekarang, dan aku akan update kan perjalanan hidup ku sepanjang tempoh kehamilan ni nanti..Korang doakanlah aku dan kandungan ku ni selamat dan sihat yer..Mudah-mudahan aku dapat melahirkan khalifah-khalifah yang sihat dan comel di bumi mu Ya Allah...amin...

5 August 2013

Terima Kasih Ya ALLAH..kerana kau telah mendengar do'a hambamu yang kerdil ini.....Alhamdulillah...

9 July 2013

Once upon a time...

Oh, her eyes, her eyes make the stars look like they're not shinin'
Her hair, her hair falls perfectly without her tryin'
She's so beautiful
And I tell her everyday
Yeah, I know, I know when I compliment her, she won't believe me
And it's so, it's so sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me do I look okay?
I say.....

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are

Her lips, her lips, I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh her laugh, she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful
And I tell her everyday

Oh, you know, you know, you know I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for, then just stay the same
So don't even bother asking if you look okay
You know I'll say

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl, you're amazing
Just the way you are
When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are, yeah

8 July 2013

HINDARILAH DIRI KAMU DARI SIHIR

Assalammualaikum...dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Lately aku rasa aku banyak terdengar cerita tentang orang yang disihir..dari kawan-kawan dan saudara mara.  Seriously aku mamang rasa marah dan kecewa juga dengan apa yang berlaku.. Aku tak fahamlah dalam dunia serba moden ni pun masih ada lagi amalan sihir menyihir ni.  Ya mungkin sihir dikatakan pembunuh paling profesional lah konon..tak boleh didakwa di mahkamah kerana tiada bukti yang boleh menunjukkan seseorang itu telah menghantar sihir kepada musuhnya..Agstarfirullah Al-Azim...
   Tidak takutkah mereka pada balasan yang dijanjikan Allah.  Apakah kesalahan mereka yang teraniaya sehingga si penyihir sanggup menyekutukan Allah dengan meminta tolong dari setan melalui perantara ilmu hitam??  Bukankah kita di atas dunia ini diharuskan membuang sifat dendam antara manusia...Dan perlu ingat kita di atas dunia ini cuma sementara, dan akhirat sana jua tempat yang kekal abadi...apakah mereka si penyihir lebih sanggup hidup bahagia di dunia yang hanya sementara dan hidup kekal tersiksa di alam akhirat??
   Sedarlah wahai sahabat-sahabatku, saudara seagama dengan ku..didiklah diri kita dengan sifat kemaafan, sifat rendah diri, sifat hormat-menghormati, sayang-menyayangi..kerana di situ lah cara kita menghindari diri dari terjebak dengan sihir.  Sekiranya ada orang yang berbuat salah dengan kita, quickly set dalam minda kita, kita dan dia hanyalah hamba Allah yang lemah yang tidak pernah terlepas dari membuat salah.  Maafkanlah dia..teruskanlah menghormati dan meyanyangi dia.  Sesungguhnya sifat terpuji seperti itu amat dituntut oleh Islam.  Hurmm saya bukanlah seorang ustazah, tapi at least saya tahu Agama Islam setiasa mengkehendaki umatnya mengamalkan sifat-sifat yang terpuji.  Yelah mana tahu, hari ini kita memaafkan seorang umat, dan suatu hari nanti beribu-ribu umat akan memafkan kesalahan kita pula..Allah lebih mengetahui..
    Pada manusia yang suka bercakap besar serta bermegah diri dengan keistimewaan yang ada pada mereka, didiklah diri kita untuk redha.  Redha bukan dengki dengan apa yang mereka miliki.  Macam suami saya selalu cakap macam ni.." hurm takpelah...itu rezeki dia, hak dia biarlah dia nak cakap ape.., kita juga ade rezeki kita, besyukurlah dengan apa yang Allah dah beri pada kita".  Seriously tidak sedikit pun jaelous yang terbit dari hati kami kerana walau sekaya manapun, sekuat mana pun mereka, kami tahu, Allah lagi berkuasa dari mereka dan mereka dan juga kami hanya ibarat butir-butir debu/kuman, terlalu kerdil di sisi Allah.  But that is not the reason you used to give up, Allah sentiasa menjanjikan ganjaran dan balasan di atas setiap usaha yang dilakukan.
      Sesungguhnya setiap perbuatan, amalan kita di atas muka bumi ini walaupun sekecil zarah pasti akan dinilai dan diberi pembalasan yang setimpal. So you my friends, watch out!, jangan ingat you boleh terlepas dengan hukuman Allah eventhough you telah terlepas dengan hukuman dunia!  Ye Allah maha pengampun, tetapi samada dosa sihir kamu telah diampunkan ke tidak cuma Allah yang tahu..so....cuba bayangkan bagaimana kalau dosa kamu tidak diampunkan Allah, apakah balasan yang akan kamu terima...fikir-fikirkanlah ye kawan...

18 June 2013

Kenangan Di MOSTI (lOVELY iNDUSTRY dEPARTMENT)

Assalammualaikum kawan-kawan dan ex-exofficer ku semua...!! Tetibe kan rasanye macam saya rindu sangatt dengan you all semua.  Rindu masa dulu-dulu waktu kita semua bekerjasama..seriously cant forget it..  Ingat tak dulu-dulu, masa tu most of us were singgle, even officer-officer pun semua layan ngam satu kepala.  Hah you all ingat tak kenangan masa our lovely boss, Mr. Sakib belanja kite semua men bowling..ingat tak?? best kan..  masa tu kite semua kamcing kan, hari-hari duk pakat gelak je memanjang.  Nobody stressed.. Ingat masa pi Cerating, macam-macam aktiviti kita buat...hahaha, ingat tak masa kita nak pi team building, macam-macam tempat kita pilih..tapi last2 dalam bilik meeting juga kita buat team building..hahhaha.. takpelah itu cuma kenangan yang lawak..ok takpe2, just nak cakap..after that boss kita betukar, silih berganti, then perlahan2 kegembiraan tu lenyap...sejujurnye selepas itu memang susah nak cari officemate yang sporting macam korang semua..MIss All Of You...saya nak minta maaf kalau ade tersalah bahasa ye kat you all semua..almaklumlah, fasting season is just around the corner..Love You...

Team Building Di Dalam Meeting Room 

Masa Lepas Main Bowling..ramai yang singgle waktu ni..
Cer korang teka sape yang design ni? Korang ingat lagi tak member-member dalam gambar ni??
Setiap kali ade meeting..makan mesti high class kan?? sayang korang..
Inilah Hero-Hero Blur Bahagian Industri..hahahha
Oklah..ni kan masa korang singgle kan..skunk dah tak bley dah terlompat2 macam ni lagi..heheh
jOM kAWAN-kAWAN rAYA NI pEGI sERANG rUMAH eXBOSS-eXbOSS....!!

12 June 2013

Relakan Jiwa


 

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku


Engkaulah cinta                                          
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu
Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku